Wednesday, December 29, 2010

Selamat kembali ke sekolah!

Salam.
Selamat kembali ke sekolah khas kepada semua pelajar pra-uni Sementa Tambunan. Selamat mendaftar juga kepada semua murid Sementa. Harap-harap anda semua sihat dan ceria walaupun 'mood' hujung tahun dan tahuan baru 2011 'terganggu' siiiikit...:)..

Pesanan untuk anda semua:
- tetapkan azam untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas (2010). Tanamkan azam bahawa pada tahun 2011 anda akan maju setapak lagi atau pun 'bertapak-tapak' lagi...(dewan bahasa & puaka..hehheehe..gurauan ja)...
- Hmmmm....sentiasa meningkatkan sahsiah & disiplin diri. Antaranya ialah pemakaian, rambut dan perwatakan.

Selamat Tahun Baru 2011!

Thursday, November 11, 2010

Pakej subjek pra-universiti 2011

Memo: WAJIB AMBIL 4 SUBJEK PILIHAN

Kepada: Semua pelajar pra-universiti senior tahun 2011, SMK Tambunan.

Calon STPM tahun 2011 yang meneruskan pengajian pra-universiti di SMK Tambunan diwajibkan mengambil/meneruskan pengambilan 4 subjek pilihan yang telah ditentukan dalam pakej sedia kala.

Keputusan ini dibuat oleh pihak sekolah pada 12 Nov. 2011.

Sila maklum.

Kombura News:
Pakej yang telah ditawarkan adalah yang terbaik di sekolah ini, iaitu telah mengambil kira keperluan untuk melanjutkan pengajian di IPT. Jadikan ia cabaran yang perlu disahut... HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih... Anda BOLEH!

Sunday, November 7, 2010

Anugerah Penyelidikan Pra-Universiti Tahun 2010

ANUGERAH KHAS PENYELIDIKAN

dianugerahkan kepada

FAZIDAH BINTI AHMAD THADZUDDIN
NO.K/P: 910510-12-6176

kerana prestasi terbaik (84.6 %)
Penyelidikan Ilmiah Pra-Universiti (Tingkatan 6)
sesi 2009/2010.

Setinggi-tinggi tahniah & selamat maju jaya.

Tarikh: 11.11.2010

…............................................... …..….......................................
Penyelaras Pra-Universiti. Pengetua.
En. Jenius Gadiman Tn. Haji Mohmad Mohlis Bin Yusak


No. Siri: 01

Tuesday, August 3, 2010

Rombakan kombinasi subjek

Kampus mini pra-universiti SMK Tambunan sekali lagi menjalani rombakan kombinasi subjek yang ditawarkan. Beberapa perkara yang diambilkira ketika menentukan kombinasi baru tersebut ialah:
1. Keperluan Anggaran Belanjawan Mengurus yang diperuntukkan
2. Ketersediaan sumber tenaga pengajar dan infrastruktur
3. Penjadualan
4. Jumlah pelajar.
5. Kombinasi subjek untuk kemasukan ke universiti

Rombakan ini melibatkan pelajar pra-universiti junior sahaja.
Pakej kombinasi baru ialah seperti berikut:

Aliran Sains: P.Am, MUET, Biologi, Kimia, Matematik & Perkomputeran
Aliran Kemanusiaan 1: P.AM, MUET, Geografi, Sejarah, Ekonomi/Perkomputeran & Pengajian Perniagaan/P.S.Visual.

Aliran Kemanusiaan 2: P.Am, MUET, Sains Sukan, PSV, Sejarah dan Bahasa Melayu.

Kombinasi lama:
SN: Biologi, Matematik & Kimia
KM1: Eko, PP & Sejarah
KM2: PSV, Pkomputeran & Sejarah.
KM3: BM, S.Sukan & Sejarah

Sama ada pelajar mahupun guru telah mendapat implikasi dari perubahan ini. Sungguhpun begitu, perubahan yang dibuat tersebut bertujuan untuk meningkatkan peluang pelajar memasuki universiti kelak. Nasihat saya kepada pelajar pra-universiti junior 2010 ini ialah beranilah menghadapi perubahan dan cabaran. Terima hakikat bahawa perubahan tersebut adalah perubahan ke arah yang lebih baik. It's not the end of the world, it's the begining of a better tomorow.

Kombura: Tidak suka 'demanding' sangat, especially jika tidak perform...apalagi selepas mendapat apa yang diminta....

Saturday, June 19, 2010

Kes Rayuan Ke Pra-Universiti Junior & Pakej Subjek Pra-Universiti

SEMAKAN RAYUAN KEMASUKAN KE PRA-UNIVERSITI JUNIOR (TINGKATAN 6 RENDAH) TAHUN 2010 

boleh
dibuat/disemak di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)  Tambunan
atau layari

http://sps.myeducare2u.com

TARIKH MENDAFTAR IALAH PADA 21 JUN 2010 (ISNIN).

Calon mesti mendaftar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh di atas (14 Jun 2010).


Pakej yang ditawarkan di Kampus @ Pusat Pra-Universiti SMK Tambunan ialah:

Pakej 1 (Sains)
1. Biologi
2. Matematik S
3. Kimia

Pakej 2
1.Ekonomi
2. Pengajian Perniagaan
3. Sejarah

Pakej 3
1. Pendidikan Seni Visual (PSV)
2. Perkomputeran
3. Geografi

Pakej 4
1. Sains Sukan
2. Bahasa Melayu
3. Sejarah

Subjek wajib untuk semua pakej ialah:
1. Pengajian Am
2. MUET

Wednesday, May 26, 2010

PRE-U POSTER COMPET.

PERTANDINDAN REKA BENTUK POSTER KAMPUS PRA-UNIVERSITI SMK TAMBUNAN

Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar pra-universiti SMK Tambunan.

Peraduan terbahagi kepada 2 kategori:

A. REKA BENTUK 'WELCOMING POSTER'
Poster ini MESTI mengandungi maklumat/bahan/unsur berikut:
1. Logo sekolah
2. Perkataan ' Kampus Pra-Universiti'
3. Slogan pra-universiti
4. 'welcoming words'

5. unsur-unsur yang sesuai dan menarik
6. Berukuran 4'x6'.


B. REKA BENTUK MOTIVATING POSTER
1. Kata-kata yang memotivasikan (motivating words)
2. Unsur yang sesuai dan menarik
3. Berukuran 4'x4'.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Semua reka bentuk mesti menggunakan perisian lembut (software) yang bersesuaian.
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang boleh.
3. Poster yang terpilih akan dijadikan sebagai poster (dicetak) untuk diletak di kampus pra-universiti sekolah.
4. Hantarkan/emelkan penyertaan anda ke emel Cikgu Jenius Gadiman: kombura@hotmail.com
5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 12 JUN 2010.

Tuesday, May 25, 2010

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun & selamat...

Salam.
Selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Semoga segala persediaan yang anda buat berbaloi dengan keputusan yang akan anda perolehi kelak.

Selamat bercuti juga untuk anda semua. Sepanjang cuti sekolah yang agak lama (3 minggu) ni, janganlah lupa untuk mengulangkaji dan membuat persediaan untuk pnp atau sesi semester II kelak. Amalkan lah BMW yang pernah cikgu cadangkan suatu waktu dulu....Bersedia, Mengamalkan BMW dan itulah Wacana kejayaan anda!
Jaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Musim cuti sekolah ini, apalagi bersamaan dengan musim-musim perayaan, maka hati-hatilah selalu (extra care) terutama ketika berada di jalan raya (berjalan kaki atau driving)....

jumpa anda semua kelak...

Wednesday, May 19, 2010

Gotong-royong Perdana Pelajar Pra-Universiti SMK Tambunan

Pelajar pra-universiti SMK Tambunan telah bersama-sama menjayakan program gotong-royong perdana pada 15 Mei 2010 lepas. Penyertaan daripada para pelajar pra-universiti junior amatlah memberangsangkan, dan diorang sangatlah sporting!...tahniah dan terima kasih kepada anda semua yang datang walaupun tiada minum makan...:)...begitu juga dengan pelajar pra-universiti senior walaupun bilangannya sedikit..thank you juga. Wajarlah kamurang semua yang hadir itu diberikan merit...hehehe...
Semoga gotong-royong merangkap khidmat masyarakat ini  dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar pra-universiti khasnya dan warga sekolah amnya. Sedikit sebanyak juga kedatangan anda semua telah menambah keceriaan pada kampus pra-universiti (aisehman!) sekolah kita. Kampus  terseubut sememangnya sedang dalam penambahbaikan dari segi fizikal dalaman dan luaran. Semoga suasana pnp yang kondusif dapat direalisasikan tidak lama lagi...selewat-lewatnya bulan September tahun ni lah...Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersbut ialah gotong-royong mengutip sampah yang ada di sekitar padang sekolah dan sekitar kampus pra-universiti, dan aktiviti utama ialah mengecat bilik guru dan bilik perpustakaan serta bilik tutorial.

Tuesday, May 18, 2010

Selamat datang pelajar Pra-universiti SMK Tambunan 2010

Lepasan SPM 2009 yang berjaya ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat pra-universiti (Tingkatan 6) telah mula mendaftar di sekolah pada 10 Mei 2010 bersamaan hari Isnin. Daripada 147 calon yang ditawarkan hanya seramai 83 orang yang mendaftar pada hari berkenaan. Calon yang telah ditawarkan tetapi tidak mendaftar pada hari berkenaan diberi peluang untuk mendaftar pada sepanjang minggu tersebut (10-14 Mei 2010). Pendaftaran selepas tempoh tersebut tidak digalakkan. Walau bagaimanapun calon yang sedang mengikuti PLKN diberi kelonggaran untuk mendaftar sebaik sahaja latihan tersebut tamat.Calon yang lewat mendaftar tanpa alasan yang munasabah berkemungkinan untuk tidak didaftarkan, lagipun masih ramai calon lain yang sedang menunggu untuk mengisi kekosongan tempat dalam pengajian pra-universiti ini. Calon yang sedang menunggu peluang kerja atau melanjutkan pelajaran di tempat lain dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendaftar di sekolah ia ditawarkan.

Lepasan SPM 2009 yang tidak berjaya ditawarkan boleh membuat rayuan untuk memasuki pengajian pra-universiti.

Sunday, May 2, 2010

Kemasukan ke kampus pra-universiti SMK Tambunan Sabah

Semakan tawaran boleh disemak di laman sesawang http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/page2.cfm.

Harap Maaf, Nama anda tiada dalam senarai calon yang layak ke
Tingkatan Enam Bawah 2010
Anda boleh membuat rayuan dengan mengikuti prosedur seperti berikut:
RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI
TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 BERDASARKAN
KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2010 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK pada 24 Mei 2010.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2010 ini.


Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Monday, April 26, 2010

Adakah anda jelas dengan hala tuju hidup anda

Pertamanya, adakah anda jelas dengan hala tuju hidup anda? Adakah anda jelas tentang apa akan anda jadi dua tahun dari sekarang? Tiga tahun dari sekarang? 6 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang?....Setiap anda pasti ada sesuatu yang ingin dicapai, tapi adakah anda benar-benar jelas dengan cita-cita anda itu? Bagaimana mengetahui bahawa target anda itu jelas, terperinci dan boleh dicapai? Adakah target anda bolehukur (measurable)?

Apa cita-cita anda?
3 tahun dari sekarang?
7 tahun dari sekarang?
10 tahun dari sekarang?
Bagaimana mencapai target anda?
Apa yang perlu anda ada sebelum dapat mencapai target? - wang?pendidikan?sijil stpm?sijil spm?
Bagaimana dengan disiplin diri. Adakah anda berada pada tahap disiplin yang dikehendaki? Adakah sikap dan tingkahlaku kita sekarang dapat membantu mencapai target?
Siapa yang akan terlibat dalam proses pencapaian cita-cita anda? Ibu bapa? adik-beradik? Rakan-rakan? Boyfren?Girlfren?Bestfren?Cikgu?

Banyak perkara yang perlu diambilkira (dan mungkin perlu ditetapkan) agar kita dapat menetapkan matlamat hidup/hala tuju hidup dengan jelas.

Apa pendapat anda sebagai pelajar pra-universiti, golongan remaja yang berada di peringkat usia yang paling penting dalam hidup tentang hala tuju hidup yang jelas? Berikan komentar anda dan sesuatu yang menarik akan cikgu berikan. O ya, saya tidak menggalakkan sikap 'mesti ada hadiah baru saya buat sesuatu', tetapi hadiah/gift/token tersebut hanyalah sebagai penghargaan dan galakan atas usaha anda. Tahniah kepada ms Valerie kerana terpilih sebagai penerima hadiah misteri yang pertama dari cikgu!

Sunday, April 18, 2010

Monday morning with pre-u students

















(image source: http://slcconnect.sl.on.ca/images/BePositive.gif)
Kopisanangan.
Vanakam.
Good morning.
Selamat pagi.

Apa khabar semua pelajar pra-u? Semestinya pagi Isnin membawa konotasi berbeza bagi setiap anda. Ada yang 'lemah' dengan kehadiran pagi Isnin, dan tidak kurang juga yang bersemangat waja dan tidak sabar-sabar menanti ketibaan setiap Isnin!

Jangan bincang tentang yang 'lemah'... Kita fokus kepada perkara yang positif. Hari Isnin bagi anda sebagai pelajar pra-universiti adalah hari baru. Setiap hari Isnin adalah hari baru dan minggu baru...dan semangat baru! Biasakan diri dengan tanggapan positif terhadap hari Isnin. Mulakan minggu persekolahan anda dengan semangat positif. Kata orang, sesuatu yang bermula positif akan membuahkan hasil yang positif. Lebih lancar perjalanannya berbanding dengan perjalanan orang yang bermula dengan sesuatu yang negatif. Short cut lah katakan. Jadi, kuatkan semangat! Jangan jadikan perkara negatif mencuri fokus anda...fokuslah ke depan, fokus berfikiran positif! Sentiasa mencari 'positive side of the story'....Contohnya, bas anda lambat datang menjemput anda pulang. Tidak perlu susahkan diri dan fikiran mengutuk 'charter' bas anda itu. Abaikan ja dan berfikiran positif dengan cara menggunakan masa 'bas terlewat' itu dengan membaca, menulis sajak, berbincang perkara-perkara baik....Pernahkah anda berbuat begitu? Tahniah! Jika tidak pernah pun, belum terlambat untuk mengubahnya...biasakanlah ya. Sebagai penutup, biasakanlah diri anda berfikiran positif. Look at the bright side of the story....percayalah, kita tidak rugi jika berbuat demikian! Selamat berjaya!

Kepada semua pelajar pra-universiti SMK Tambunan, anda digalakkan untuk mencuba menghuraikan grafik di bawah. Hadiah misteri menanti akan diberikan kepada huraian terbaik. Believe me! Penyertaan hanya melalui internet dengan cara menaip dalam kotak 'comment' di bawah. Best of luck!


(Source:ronmartin.net)

Thursday, April 8, 2010

Kampus Pra_Universiti SMK Tambunan

Selasa, April 7: Para pelajar pra-universiti SMK Tambunan akhirnya berpindah ke kampus pra-universiti yang terletak di bangunan kilat sekolah. Walaupun keadaan fizikal belum begitu baik tetapi peralihan tersebut perlu dilaksanakan. Pihak sekolah yakin bahawa para pelajar dan para pensyarah dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan suasana baru. Pihak sekolah bersama semua warga sekolah turut bekerjasama dari semasa ke semasa untuk meningkatkan  atau memperbaiki fizikal dan kemudahan untuk kampus pra-universiti tersebut. Pada akhirnya nanti suasana yang kondusif wujud untuk pembelajaran dan pengajaran di kampus pra-universiti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar pra-universiti senior dari pra-u 1 hingga pra-u4 kerana begitu 'spoting' dan amat bekerjasama dalam hal ini. Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa dalam sehari sahaja para pelajar telah berjaya meningkatkan dan membaiki suasana kelas dan persekitaran kelas masing-masing. Tahniah sekali lagi!

Thursday, March 25, 2010

Selasa, Mac 16:- Unit pra-universiti SMK Tambunan telah memulakan program kemasyarakatan oleh para pelajar pra-u. Seramai 43 pelajar pra-u (daripada 64 orang) telah berjaya menyertai program penyediaan kelas pra-u di bangunan kilat sekolah. Program ini bertujuan untuk menyediakan kelas-kelas di bangunan kilat untuk dijadikan sebagai kelas/pusat pra-u sekolah. Terima kasih kepada guru-guru, pekerja swasta dan pelajar yang terlibat.

Sabtu, Mac 27:- Sekali lagi para pelajar pra-universiti melaksanakan kerja sosial iaitu mengecat bilik kuliah masing-masing di bangunan kilat. Tapi kehadiran pelajar agak kurang memberangsangkan. Misalnya hanya seramai 8 orang hadir dari 22 orang pelajar di kelas Pra-Universiti 4. Sungguh menyedhihkan! Rasanya, mereka yang suka tidak hadir sekolah ini tidak peduli pun dengan marakah merit dan demerit yang mereka dapat....Kalau tiada hati mau belajar lebih baik berhenti terus dan carilah peluang di luar sana....

LASABEL PRA-4 2010 ke UMS

Khamis, Mac 25:- Seramai 20 pelajar Pra-Universiti 4 SMK Tambunan telah mengadakan lawatan sambil belajar (LASABEL) ke Universiti Malaysia Sabah. Program yang diatur oleh En. Nurul Izad itu dan disertai juga oleh En. Jenius Gadiman, En.Md. Alli @ Charles, Cik Aida Zakaria dan Cik Norsuzana. Program ini merupakan program sulung unit pra-universiti SMK Tambunan bagi tahun 2010. Tahniah dan terima kasih kepada En. Nurul Izad kerana telah berinisiatif dan sedaya upaya merealisasikan program tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak universiti UMS khususnya Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, Unit Penyelidikan Marin serta Unit Muzium UMS.

---gambar akan menyusul kemudian.

Monday, February 22, 2010

Seminar on Leadership for Pre-university Students

Isnin, 22 Feb. 2010:- Pengurusan Pra-universiti di bawah Hal-Ehwal Pelajar (HEP) Pra-Universiti SMK Tambunan telah berjaya mengadakan Seminar Kepimpinan Pra-u bertempat di Bilik Konferens Emerald
sekolah tersebut. Seminar yang dijalankan dari jam 1.30 petang sehingga 4.30 petang tersebut melibatkan seramai 65 pelajar pra-universiti
sekolah sebagai sasaran utama program. Penyelaras program En. Adrian Gaisan berkata seminar berkenaan bertujuan
untuk memberi pendedahan dan menerapkan sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar pra-universiti. Tiga slot utama disampaikan semasa seminar:
Slot 1: Ice Breaking and Challenge, disampaikan oleh En. Adrian Gaisan;Sistem Pra-universiti dan Peranan Pelajar, oleh En. Jenius Gadiman; serta Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Program, oleh En.. Nurul Izad Md. Ali.













 
Turut berada salam seminar tersebut ialah En. Mudin Sepin.

 
Ba, jangan pula tidur lepas makan ni....Pelajar 'isi' perut selepas slot 1 seminar.

Sunday, February 7, 2010

Course Design & Instructional Plan

Cadangan reka bentuk kurikulum untuk kursus Kolokium pra-universiti:

http://www.docstoc.com/batch/Tt7hytpsK48TKHfArD1cEA==/jenius-gadiman/2010-02-07

Friday, February 5, 2010

Penyelidikan Pra-Universiti

Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa pasukan (team) penyelidikan. Setiap pasukan perlu mengenal pasti isu yang hendak dikaji kemudian mencadangkan tajuk penyelidikan yang sesuai. Tajuk yang dipilih hendaklah jelas dan fokus. Selepas mendapat kelulusan tajuk, maka pelajar bolehlah memulakan kajian dengan mengkaji latar belakang isu atau kajian-kajian atau bacaan kepustakaan berkaitan dengan isu yang hendak dikaji. Dalam bahagian latar belakang isu, pelajar perlu mengemukakan perkara-perkara berkaitan misalnya punca berlakunya masalah  atau isu, implikasi isu dan sebagainya.

Pasukan 1: Alvin Dulamit, Beatrice Sungar,  Sandra Natalie Gudid, Sony Kent  Padalis & Friscilla Juie.
Pasukan 2: Jorge Richard, S. Joeylear Gray Suil, Alister Miki & Andrian Laurix Memet.
Pasukan 3: Rosmawani Majana, Florina Yotos, Veinah Medin & Erickado Pius.
Pasukan 4: Jusrino Justin, Rina JOyce William, Qirine Paunis & Dorrena Dominic.
Pasukan 5: Artica Angela Paulus, Aubrey Micheal, Eyrrma Roger & Hanareama Duamit.
Pasukan 6: Suhaidi Jabi, ALixius Lasius, Rida Danis, Vivonica Pee & Mitchellen Mauran.
Pasukan 7: Mitchelle Mauran, Beatrice Maikol, Celestina Louis, Venaina Awit & Mc Guy Millon.
Pasukan 8: Harvini Masuti, Ferzuana Hamruni Bt Ferdaus, Ferza Notissa Bt Ferdaus, Joselyn Madi & Fauziah Bt Mohd Jani.
Pasukan 9: Nurul RAifhan Bt. Jaini, Fazidah Bt Ahmad Tajuddin, Adriana Muhadi, Valerie Henry & Ruhana Jakian.
Pasukan 10: Azidah Jalaludin, Cindy Mudi, Filician Casimir, Marcella Richard & Jani Joseph.
Pasukan 11: Fisabellah John, Nurul Ain Abdullah @ Winnie, Jebita Kunsiang, Prudence Lowrance & Thulasi Devi A/P Subramaniam.
Pasukan 12: Azreen Nadia Bt Noorhisham, Marilyn Juin, Calvania Lajiun & Connie Anthonius.
Pasukan 13: Dimthy Basty, Jenavy Joanes, Margaret Anthony & Baetly Blasius.
Pasukan 14: Quera Micheal Litak, Thomas Sapit, Vincent Andam, Yeevonne Jamal & Rozaline Jubin

Jumlah pelajar: 64 orang
Pra-U2 Sains: 4 orang
Pra-U2 Perkomputeran: 17 orang
Pra-U2 Pengurusan Perniagaan 2 : 21 orang
Pra-U2 Sains Sukan: 22 orang

Setiap pelajar mesti meningkatkan kemahiran mengakses maklumat dari sumber elektronik dan bukan elektronik. Anda juga perlu kerap berkonsultasi dan berkolaborasi dengan guru-guru berkenaan.

Monday, January 25, 2010

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN 6

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM


Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
 
 
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.
 
3.         Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan, contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.  
 
4.         Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010, semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2) bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.
 
5.         Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
 
Sekian. Terima kasih.
 
 
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
 
 
 
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia




 
LAMPIRAN
 
 
BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1.
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2
Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3.
Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan
 
Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
               4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
               persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99
 

Tuesday, January 19, 2010

kolokium

Dalam jadual waktu bil 2/2010, sekolah SMK Tambunan, Sabah telah memulakan pengajaran Kolokium. Ini adalah langkah awal dan pertama untuk melaksanakan sistem pengurusan tingkatan 6. Sejak tahun 2009 tingkatan 6 dinaiktarafkan menjadi pra-universiti secara rasmi. Dengan itu, pelbagai pembaharuan diperkenalkan dan sesetengah sekolah khususnya di negeri Sabah telah melaksanakan sepenuhnya sistem baharu itu.

Pelajar tingkatan 6 (pra-universiti) sekolah kita perlu membuat anjakan paradigma pada diri masing-masing agar layak digelar sebagai pra-siswa siswi. Anjakan pemikiran akademik, disiplin dan sahsiah diri mesti dilakukan.

Saya diberi kepercayaan untuk melaksanakan kolokium pra-universiti sekolah kita. Semua pelajar pra-universiti akan didedahkan pertama sekali tentang kolokium  dan peranan pelajar dalam melaksanakan atau mengamalkan budaya penyelidikan dan pembangunan pada diri sendiri dan sekolah khasnya. Tingkatkan prestasi diri dari segala segi - kerajinan, daya usaha, disiplin diri....

Wednesday, January 13, 2010

PNF tecqhniques

PNF stand for Proprioceptive Neuromuscular Fasiltation.
Students of Pra-University 4 Sports Science was presenting the techniques of PNF exercise.
They said PNF is designed as a passive physical exercise, and used by physical therapist, atlet, etc....uka maaa...


Pre-university blog