Asrama Pra-U Sementa

Asrama Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan



Tambunan, 23 May 2016.

Sabah Credit Corporation peruntukkan RM0.33 juta untuk kolej kediaman prauniversiti Sementa
RM330 000 telah diperuntukkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah di bawah tanggungjawab sosialnya (CSR) bagi membina sebuah asrama khas untuk pelajar prauniversiti SMK Tambunan. 
Pengetua SMK Tambunan, En. Ting Sien Kuan dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa beberapa usaha penaiktarafan fasiliti kampus prauniversiti telah dilaksanakan, namun kekangan kos mengehadkan usaha-usaha berkenaan.
Inisiatif telah dijalankan dengan memohon sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak bukan sahaja untuk fasiliti utama tetapi juga untuk bahan pembelajaran seperti LCD, set komputer dan sebagainya.
Pembinaan kemudahan kediaman tempat tinggal pelajar juga agak kritikal. Oleh yang demikian, fasiliti tersebut perlu juga diutamakan. Justeru sumbangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) di bawah dasar CSR sangatlah tepat.
SCC yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo Credit Corporation telah wujud sejak 1950-an lagi. Fokus utama CSR SCC ialah kemudahan pendidikan(pelajar), pesakit dan OKU namun pihak-pihak lain seperti golongan ibu tunggal turut mendapat bantuan di bawah CSR SCC. Menurut En. Richard Chiew, sebahagian besar peruntukan CSR SCC disalurkan ke bidang pendidikan. Beliau merupakan Pengurus Pusat Pelanggan SCC Cawangan Keningau. Beliau percaya sumbangan SCC ini akan memberi banyak manfaat khususnya kepada pelajar prauniversiti dn institusi sekolah umumnya. 
Majlis pecah tanah bangunan kolej kediaman pelajar prauniversiti disempurnakan oleh En. Kaipin Bin Rosmin yang merupakan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan. Sebagai wakil Jabatan Pelajaran Sabah, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak SCC. Sumbangan ini sangatlah besar impaknya kepada sekolah khususnya dan bidang pendidikan amnya. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah En. Primus iaitu Pengurus Pusat Pelanggan SCC Daerah Tenom, Pengetua SMK Tambunan, En. Patrick Paunil YDP PIBG, wakil kontraktor Steven Brothers, para pensyarah serta beberapa pegawai SCC dan pegawai PPD Tambunan.
Bangunan kolej kediaman berkenaan dijangka siap dalam tempoh 4 bulan. Dewan mini, rumah warden, dapur, dan perabot adalah antara kemudahan yang turut dibekalkan melalui perunutukan ini. Bangunan ini akan menampung seramai 150 orang penghuni (pelajar).
Kombura Discovery




Kerja-kerja penyediaan tapak bangunan asrama prauniversiti telah bermula
Gambar: 2 Julai 2016
Oleh: Kombura Discovery

Gambar: 4 September 2016
Oleh: Kombura Discovery

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog