Pertamanya, adakah anda jelas dengan hala tuju hidup anda? Adakah anda jelas tentang apa akan anda jadi dua tahun dari sekarang? Tiga tahun dari sekarang? 6 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang?....Setiap anda pasti ada sesuatu yang ingin dicapai, tapi adakah anda benar-benar jelas dengan cita-cita anda itu? Bagaimana mengetahui bahawa target anda itu jelas, terperinci dan boleh dicapai? Adakah target anda bolehukur (measurable)?
Apa cita-cita anda?
3 tahun dari sekarang?
7 tahun dari sekarang?
10 tahun dari sekarang?
Bagaimana mencapai target anda?
Apa yang perlu anda ada sebelum dapat mencapai target? - wang?pendidikan?sijil stpm?sijil spm?
Bagaimana dengan disiplin diri. Adakah anda berada pada tahap disiplin yang dikehendaki? Adakah sikap dan tingkahlaku kita sekarang dapat membantu mencapai target?
Siapa yang akan terlibat dalam proses pencapaian cita-cita anda? Ibu bapa? adik-beradik? Rakan-rakan? Boyfren?Girlfren?Bestfren?Cikgu?
Banyak perkara yang perlu diambilkira (dan mungkin perlu ditetapkan) agar kita dapat menetapkan matlamat hidup/hala tuju hidup dengan jelas.
Apa pendapat anda sebagai pelajar pra-universiti, golongan remaja yang berada di peringkat usia yang paling penting dalam hidup tentang hala tuju hidup yang jelas? Berikan komentar anda dan sesuatu yang menarik akan cikgu berikan. O ya, saya tidak menggalakkan sikap 'mesti ada hadiah baru saya buat sesuatu', tetapi hadiah/gift/token tersebut hanyalah sebagai penghargaan dan galakan atas usaha anda. Tahniah kepada ms Valerie kerana terpilih sebagai penerima hadiah misteri yang pertama dari cikgu!
LATIHAN SEJ T5
-
SET 15
1. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka yang diperoleh melalui
peperangan adalah seperti berikut KECUALI
A. Kelantan B.Pahang ...
3 months ago
saya ingin memulakan komentar dengan kata2 pembakar semangat yg saya peroleh dr buku "Dare To Fail"
ReplyDelete- Meletakkan idea dan impian di hadapan orang ramai itu mengambil risiko untuk kehilangannya
dan satu lagi dr sumber yg sama
-Mencuba itu mengambil risiko untuk gagal!
sy tampil d sini utk mencuba lagi..! bukan utk merebut hadiah misteri, tapi utk menjadi yg terbaik!
saya pernah terbaca satu quote yg berbunyi "someday, somehow, your dreams can be someone elses dream".. bunyinya agak menakutkan tetapi itulah yg dpanggil risiko!
untuk apa itu hala tuju?? bagi saya, hala tuju ataupun matlamat ada sebagai salah satu sebab untuk kita mencapai kejayaan. setiap pagi, bangun dari tidur, kita sudah ada misi untuk dicapai, memiliki cabaran untuk dihadapi agar dapat mencapai matlamat hidup kita! agar kita tidak terumbang ambing tanpa arah hidup bagaikan sebuah kapal laut yang bergerak mengikut aras laut tanpa kaptennya.
Matlamat sebenarnya satu tugas yang kita perlu laksanakan untuk mendapatkan hasilnya. Dengan adanya matlamat, maka adalah tugas kita untuk diselesaikan berbanding mereka2 yang suka melepak, dan membuang masa. itulah yang sebenarnya membezakan orang yg berjaya dengan orang yang gagal yang hanya tahu mengeluh dari mencuba.
Jadi, untuk mencapai matlamat kita haruslah berani mengambil risiko! because the moment you take complete responsibility for your life is the moment you start moving towards success.
last but not least.." Do what you can, for whom you can, with what you have, from where you are!" -anonymous
NURUL RIFHAN JAINI
PRE-UNIVERSITY 3
komentar mengagumkan...
ReplyDeletecita-cita bermula daripada impian,
impian dicetuskan oleh imaginasi. Beranilah berimaginasi dan memasang impian. Imaginasi dan impian boleh menjadi cita-cita yang boleh dicapai!
Dare to dream!