Monday, August 8, 2016

rajin & usaha tangga kejayaan!



Rajin & Usaha Tangga Kejayaan

Satu kata pujangga yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ringkas dan kedengarannya biasa-biasa saja tetapi jika diamalkan  maka keberkesananna memang terbukti. Ia umpama air menitis titis demi titis yang lama-kelamaan membentuk lubang takungan pada permukaan batu yang terkeras pun!
Andai saya tidak rajin dan berusaha, maka saya tidak akan berada di tempat sekarang. Begitu juga dengan anda, semuanya tidak mungkin bias berada pada tahap sekarang sekiranya bukan daripada kerajinan dan usaha sebelumnya.

Namun, mungkin anda sudah terleka dan terlupa untuk rajin berusaha? Adakah anda rajin berusaha membuat ulangkaji? Membuat nota-nota? Menjawab soaln-soalan tahun lepas? Membuat latihan kendiri? Membaca? Mengikuti perkembangan semasa duniawi?

Tepuk dada Tanya minda!


Tahap kerajinan dan usaha akan menentukan tahap kejayaan masing-masing. Semakin rajin berusaha maka semakin tinggi pencapaian kita. Ia seumpama mengasah segigih-gigihnya parang tumpul sehingga ia menjadi setajam pedang samurai!

Dalam konteks anda sebagai pelajar, kerajinan dan usaha bersungguh-sungguh amatlah kritikal untuk diamalkan. Apatah lagi untuk menghadapi peperiksaan semester demi semester.

Kepada semua pelajar senior yang baru-baru ini telah menerima keputusan peperiksaan Semester 2, pencapaian anda adalah petunjuk kepada tahap kerajinan dan usaha anda selama ini! Syabas dan tahniah!




Secara peribadi, saya ingin merakamkan penghargaan dan dorongan kepada semua pelajar Senior 4 STPM 2016 atas usaha anda selama ini! Teruskan usaha gigih anda! Bagi pelajar yang kurang bernasib baik keputusannya, masih belum begitu terlewat untuk memperbaikinya! Amalkanlah kerajinan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh!

Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar Senior 4 STPM 2016 yang Berjaya mengekalkan gred yang baik atauun meningkatkan gred khususnya bagi subjek Pengajian Am dalam peperiksaan Penggal 2 lepas. Semoga insentif a.k.a. saguhati yang saya sampaikan menjadi pendorong untuk anda semua lebih rajin  dan gigih berusaha:

1.     Joana Johnny, Gred A & GPS: 4.00
2.     Odreyyen Jaunopoh, Gred A- & GPS 3.67
3.     Christy Cassandra George, Gred A- & GPS 3.67
4.     Ivan Peter Witus, Gred B & GPS 3.00
5.     Frederica Patrick, Gred B & GPS 3.00
6.     Fera Florynna Mourine, Gred B- & GPS 2.67
7.     Irma Nasip, Gred B- & GPS 2.67
Peperiksaan Penggal 2 STPM adalah sangat mencabar khususnya untuk subjek Pengajian Am, namun anda semua berjaya membuktikan bahawa itu bukanlah penghalang utama mencipta gred cemerlang bagi subjek ini. Teruskan usaha gigih anda.


Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan!

Kombura Discovery
9.8.2016

Monday, June 30, 2014

Anjakan paradigma: PREUSS melangkah maju





Tambunan, 1 Julai 2014:- Kampus Prauniversiti SMK Tambunan sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memulakan pemakaian kasual bukan seragam dalam kalangan pelajarnya. Dalam ucapan awal sebelum itu, Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Esther Linus menegaskan bahawa langkah berani ini adalah demi meningkatkan martabat dan motivasi pelajar prauniversiti. Tindakan yang selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia ini mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja oleh kalangan pelajar bahkan oleh para pensyarah prauniversiti kampus tersebut. Penguatkuasaan terhadap pemakaian tersebut dilaksanakan berlanjutan daripada galakan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip. Pengarah JPN Sabah telah merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan seminggu sebelum itu (25 Jun 2014). Dalam ucapannya, Datuk Jame Alip menegaskan agar arahan berkaitan pengurusan Tingkatan 6 dikuatkuasakan segera.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En. Lary Charles dalam ucapan ulungnya turut menegaskan dan mengingatkan agar pelajar mengambil peluang tersebut untuk melonjakkan lagi kematangan diri, dan bukannya memperlihatkan 'kemajuan' imej luaran fizikal semata-mata. Pelajar perlu berusaha tekun untuk meningkatkan kemenjadian diri sendiri, meningkatkan kualiti peribadi agar bersedia menyahut cabaran global yang semakin mencabar.

Dalam pemerhatian, didapati bahawa lebih separuh daripada pelajar prauniversiti SMK Tambunan telah memakai pakaian kasual manakala selebihnya masih berpakaian seragam seperti sebelum ini. Kod dan etika pemakaian yang dibenarkan juga dipenuhi sebaik-baiknya oleh pelajar. Sungguhpun demikian, terdapat juga segelintir kecil pelajar yang tidak mengikut kod pemakaian namun didapati disebabkan oleh ketidakfahaman dan kekeliruan terhadap cara pemakaian tersebut.

Semoga langkah hebat seperti ini mampu melonjakkan keperibadian insan dalam kalangan pelajar prauniversiti khasnya dan seluruh warga sekolah SMK Tambunan amnya.

Pengetua: En. Ting Sien Kuan
PK1 (Perdana): En. Sofrie Anwar
PK2 (Perdana): En. Jaidi Karim
PK3 (Perdana): En. Yasimin Basir

Penolong Kanan T6 (Prauniversiti): Puan Esther Linus
Penolong Kanan HEP: En. Lary Charles
Penolong Kanan Kokurikulum: En. Clarence Joseph

MENJANA MODAL INSAN BERKUALITI


Kombura: Hubungan dan kerjasama dengan pihak luar perlu diperluaskan lagi demi menjadikan kampus prauniversiti sebagai institusi yang lebih berprestij tinggi.

Wednesday, June 18, 2014

universiti awam Malaysia turut gagal tersenarai dalam 100 universiti terbaik







Universiti di Malaysia tidak tersenarai dalam ranking Times Higher Education Asia University 2014, sekali lagi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia terkeluar daripada senarai itu pada tahun ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.
Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik adalah – Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India meningkat kedudukannya apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.
Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.
Thailand turut berjaya, “tetapi tiada tempat bagi Malaysia”, yang dianggap oleh Times Higher Education sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.
Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.
Universiti Tokyo menjadi universiti Asia terbaik diikuti oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Universiti Hong Kong, Universiti Kebangsaan Seoul dan China Peking Universiti berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.
Thailand mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu King Mongkut’s University of Technology, Thonburi yang naik lima anak tangga dan berada di kedudukan ke-50 dan Universiti Mahidol – jatuh 21 anak tangga ke tempat 82.
Singapura juga mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu NUS di tempat kedua dan Nanyang Technological Universiti di tempat ke-11.
Hong Kong dinamakan sebagai bintang oleh THE kerana walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai enam universiti dalam senarai 50 terbaik.
Pada April, universiti awam Malaysia turut gagal tersenarai dalam 100 universiti terbaik Times Higher Education bagi universiti di bawah 50 tahun.
Empat universiti Asia yang berjaya masuk dalam senarai 10 universiti “muda” terbaik dunia termasuk Pohang University of Science and Technology Korea Selatan yang mendapat tempat teratas, Hong Kong University of Science and Technology (4) dan Nanyang Technological University, Singapore (5).
Malaysia gagal untuk tersenarai bagi tahun kedua. Dalam ranking pertama pada 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia berada di tempat ke-98.
Malaysia turut gagal tersenarai dalam ranking Reputasi Dunia Times Higher Education – yang dikeluarkan pada Mac, berada di belakang negara Asia Tenggara lain.
Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan kemerosotan kedudukan universiti awam di Malaysia bukan menggambarkan keseluruhan pencapaian universiti sebaliknya proses pembelajaran perlu diutamakan.
Menteri pendidikan II itu berkata, universiti awam di Malaysia masih dalam lingkungan usia yang muda dan pencapaian ditetapkan perlu berada pada tahap realistik.
"Ranking tidak menggambarkan segalanya tetapi kita boleh tingkatkan. Kita perlu realistik dalam mencapai kedudukan,” katanya.
Kegagalan demi kegagalan ini menyebabkan pihak pembangkang mengkritik kerajaan.
Kementerian Pendidikan menerima RM38.7 bilion pada 2013 dan ditingkatkan kepada RM54 bilion tahun ini, bajet terbesar yang pernah diterima dalam sejarah kementerian itu. – 19 Jun, 2014.
- See more at:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-gagal-lagi-masuk-senarai-100-universiti-awam-terbaik-asia#sthash.Hf5WqJjp.dpuf


Sunday, January 12, 2014

Tajuk Kajian PBS P. Am


Beberapa peringatan penting untuk pelajar:

1.     Tajuk tidak boleh sama
a.     Isu sama tapi tempat berlainan – boleh
b.     Tempat sama tapi isu berlainan – boleh
2.     Tema sukan dan permainan – pilih salah satu sahaja sama ada sukan (olahraga, dll) atau permainan (dalaman atau luaran). Berkolaborasi selalu dengan pensyarah untuk menentukan tajuk.

Go! Go! Up! Up!
Fokus dan tumpukan minda anda.


Tajuk mesti ada elemen berikut: ISU, SASARAN & TEMPAT
CTH: Corak pemilihan sukan dan permainan dalam kalangan pelajar prau di smk tambunan
Isu =  corak pemilihan sukan dan permainan
Sasaran = pelajar prau
Tempat = smk tambunan

Cth tajuk tidak lengkap: penglibatan pelajar dalam sukan lasak: suatu kajian kes di daerah tambunan
Isu = penglibatan pelajar dalam sukan lasak
Sasaran = tiada dinyatakan dalam tajuk.
Tempat = daerah tambunan

Cadangan tajuk yang lengkap: Penglibatan pelajar dalam sukan lasak: suatu kajian kes terhadap pelajar prau di daerah tambunan


Berikut senarai tajuk yang telah diambil oleh pelajar. Pastikan tajuk yang anda pilih tidak sama 100% dengan tajuk tersebut.




Minggu 3 13 Jan. - 17 Jan. 2014


1. Perkongsian pensyarah bertugas pada Minggu 2 (Pn. Elsie Pius & En. Jenius Gadiman)
Tema: Be Happy (presented by Mdm. Elsie Pius)
# Secara keseluruhannya pelajar didapati happy dan ceria menjalani pembelajaran dan pengajaran pada minggu persekolahan yang lepas. Keceriaan ini tergambar oleh kesungguhan pelajar mengikuti sesi pdp dalam kelas serta hasil-hasil tugasan yang dihantar kepada pensyarah. Tahniah dan teruskan semangat itu!

# Sungguhpun begitu, terdapat juga pelajar yang terlampau happy sehingga leka dan tidak datang ke sekolah. Hari itu datang, hari seterusnya ponteng sekolah! Macam biskut OREO! Bezanya tidak kiut dan tidak boleh dimakan macam biskut oreo.

# Pelajar ke hospital. Terdapat pelajar yang memohon kebenaran ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain dingatkan supaya tidak perlu datang ke sekolah jika merasa sakit/tidak sihat pada pagi itu, pelajar juga diwajibkan untuk mengembalikan keratan borang keluar ke hospital. Keratan tersebut perlu ditandatangan oleh pihak hospital sebagai pengesahan bahawa pelajar benar-benar ke hospital dan bukannya ke destinasi lain (menipu sekolah). Kegagalan mengembalikan atau menghantar pengesahan daripada pihak hospital akan mengakibatkan pelajar dianggap ponteng sekolah/kelas.

Senarai pelajar yang keluar ke hospital pada Minggu 2:
1. Titofien, Senior 1.

***Pelajar diingatkan supaya "menjaga" kehadiran dan keberadaan di sekolah kerana ketidakhadiran atau sebarang masalah disiplin akan diambil kira untuk menentukan kelayakan menduduki peperiksaan sekolah.***

***Tahniah kepada pelajar yang sentiasa komited dengan pembelajaran masing-masing. Teruskan semangat berjuang ini!***

# Pengucapan Awam (PA). Program pengucapana awam (public speaking) akan diteruskan pada tahun ini. Sebagai permulaan, pada minggu depan (Minggu 4) pelajar yang terpilih akan menyampaikan PA semasa perhimpunan rasmi prauniversiti pada hari Isnin, 20 Januari 2014. Pelajar bertuah ialah adik Dewi Gloria Patrick dari Senior 4. Tahniah kepada adik Dewi dan sila berkolaborasi dengan pensyarah unutk menentukan tajuk PA yang sesuai.

# Pensyarah bertugas pada minggu 3: En. Larry Charles & Cik. Kasmati Mattail.
Theme: Perancangan awal dalam segala aspek. He who fails to plan is planning to fail – Winston Churchill


Sekian.

Disediakan oleh,


EN. JENIUS GADIMAN

Pre-university blog