Tuesday, May 18, 2010

Selamat datang pelajar Pra-universiti SMK Tambunan 2010

Lepasan SPM 2009 yang berjaya ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat pra-universiti (Tingkatan 6) telah mula mendaftar di sekolah pada 10 Mei 2010 bersamaan hari Isnin. Daripada 147 calon yang ditawarkan hanya seramai 83 orang yang mendaftar pada hari berkenaan. Calon yang telah ditawarkan tetapi tidak mendaftar pada hari berkenaan diberi peluang untuk mendaftar pada sepanjang minggu tersebut (10-14 Mei 2010). Pendaftaran selepas tempoh tersebut tidak digalakkan. Walau bagaimanapun calon yang sedang mengikuti PLKN diberi kelonggaran untuk mendaftar sebaik sahaja latihan tersebut tamat.Calon yang lewat mendaftar tanpa alasan yang munasabah berkemungkinan untuk tidak didaftarkan, lagipun masih ramai calon lain yang sedang menunggu untuk mengisi kekosongan tempat dalam pengajian pra-universiti ini. Calon yang sedang menunggu peluang kerja atau melanjutkan pelajaran di tempat lain dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendaftar di sekolah ia ditawarkan.

Lepasan SPM 2009 yang tidak berjaya ditawarkan boleh membuat rayuan untuk memasuki pengajian pra-universiti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog