Selasa, April 7: Para pelajar pra-universiti SMK Tambunan akhirnya berpindah ke kampus pra-universiti yang terletak di bangunan kilat sekolah. Walaupun keadaan fizikal belum begitu baik tetapi peralihan tersebut perlu dilaksanakan. Pihak sekolah yakin bahawa para pelajar dan para pensyarah dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan suasana baru. Pihak sekolah bersama semua warga sekolah turut bekerjasama dari semasa ke semasa untuk meningkatkan atau memperbaiki fizikal dan kemudahan untuk kampus pra-universiti tersebut. Pada akhirnya nanti suasana yang kondusif wujud untuk pembelajaran dan pengajaran di kampus pra-universiti.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar pra-universiti senior dari pra-u 1 hingga pra-u4 kerana begitu 'spoting' dan amat bekerjasama dalam hal ini. Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa dalam sehari sahaja para pelajar telah berjaya meningkatkan dan membaiki suasana kelas dan persekitaran kelas masing-masing. Tahniah sekali lagi!
LATIHAN SEJ T5
-
SET 15
1. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka yang diperoleh melalui
peperangan adalah seperti berikut KECUALI
A. Kelantan B.Pahang ...
3 months ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih.