Monday, July 22, 2013

Perhimpunan Rasmi, 22 Julai 2013

Punctuality
Isu lewat sampai ke sekolah adalah antara isu bukan sahaja dalam kalangan pelajar prauniversiti bahkan seluruh warga anak didik di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Namun,  masalah ini tidak sepatutnya berlanjutan dalam kalangan pelajar prauniversiti yang merupakan pelajar berumur antara 18 hingga 19 tahun malah ada yang berumur 20 tahun ke atas. Disebabkan isu ni agak merosakkan imej prauniversiti maka pusat prauniversiti kan melaksanakan tindakan yang lebih tegas terutamanya kepada pelajar yang lewat sampai ke sekolah. Tindakan yang lebih tegas wajar dilakukan demi membetulkan situasi yang kurang menyenangkan ini.

Menghormati
Pelajar diingatkan agar sentiasa menunjukkan hormat kepada semua warga pendidik sekolah sama ada yang mengajar di kampus prauniversiti mahupun di aliran perdana.

Penyampaian Watikah Pelantikan MPP Baharu
Pengenalan dan penyampaian sijil atau watikah pelantikan kepada barisan MPP telah dilaksanakan dengan lancar. Dalam ucapannya Penyelaras Hal Ehwal Pelajar En. Lary Charles menegaskan bahawa tanggungjawab memartabatkan lagi kampus prauniversiti akan digalas bersama dengan kepimpinan baharu MPP. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan MPP terdahulu yang diketuai oleh adik Valerie Ann Jamir. Barisan MPP baharu akan dipimpin oleh adik Anwar Jaini dari Senior 1. Simbolik dilakukan dengan pemakaian blazer MPP kepada YDP MPP baharu, diikuti oleh penyerahan fail MPP.

Amanat Penolong Kanan Prauniversiti
1. Pertemuan kokurikulum pada hari ini ialah AKAL. Pada jam 2 - 2.30 petang semua pelajar bersama penasihat akan berada di dewan mini kampus untuk sesi pendaftaran dan pewujudan organisasi kelab masingmasing. Selepas itu, seingga 3.30 pelajar akn memeurnikan lagi WALL OF KNOWLEDGE kelas masing-masing serta papan kenyataan yang lain.

2. Pada jam 2 petang juga akan dijalankanpenyerahan tali leher ksusnya kepada pelajar-pelajar lelaki. Vase juga akan disampaikan minggu hadapan, dan akan dipakai pada setiap hari persekolahan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog