Monday, July 8, 2013

Dapatan Tinjauan Literasi ICT dalam kalangan pelajar prauniversiti

Laporan tinjauan literasi internet dalam kalangan pelajar prauniversiti kampus smk tambunan.

Metod:
Obervasi dan analisis ringkas dilakukan terhadap kumpulan/group Facebook iaitu PRE_USS SEMENTA SOCIETY.

Finding:
Seramai 241 ahli PREUSS, setakat 15 Julai 2013. Mereka turut terdiri daripada alumni kampus prauniversiti SMK Tambunan. Seramai 6 orang ahli baharu mendaftar pada minggu lepas aka minggu 25.
Dari segi gender, didapati bahawa lebih 36 peratus ahli adalah terdiri daripada pelajar perempuan manakala selebihnya ialah pelajar lelaki.

Diskusi:
Berbanding dengan jumlah pelajar prauniversiti dalam 3 tahun kebelakangan ini, didapati bahawa jumlah keahlian adalah masih sedikit. Pada tahun 2013, 2012 dan 2011 terdapat lebih kurang 380 orang pelajar prauniversiti SMK Tambunan. Ini menunjukkan bayhawa lebih daripada 60 peratus pelajar telah berkemahiran mengakses internet. Angka ini berkemungkinan tidak menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang selebihnya tidak tahu atauntidak mempunyai literasi internet.

Tinjauan turut menunjukkan bahawa hampir dua kali ganda pelajar yang aktif  dengan internet adalah terdiri daripada lelaki. Dapatan tinjauan ini menunjukkan kontradiksi dengan komposisi jantina pelajar prauniversiti di sini. Didapati bahawa lebih separuh daripada pelajar prauniversiti terdiri daripada wanita.

Cadangan:
Tinjauan ini adalah agak umum. Dicadangkan agar ada rakan-rakan pendidik atau pelajar yang akan menjalankan kajian lanjut berkaitan topik ini. Kajian sedemikian adalah relevan dan seiring dengan peningkatan ilmu dan kaedah pedagogi pendidikan pada masa kini.

By Jenius Gadiman , Jabatan Pengajian Am, PPU SMK Tambunan.
16 Julai 2013.

*******

Perhimpunan Rasmi, 8.7.2012:- Pelajar diseru agar membiasakan diri dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini kerana kemahiran ICT kini menjadi satu keperluan dalam hidup sehari-hari.

Perkara ini ditekankan lagi oleh pensyarah bertugas minggu ke-25 (Jenius Gadiman). Beliau menyeru agar semua pelajar prauniversiti mengaktifkan diri melayari internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat berguna. Pelajar juga tidak boleh lari dari menggunakan internet kerana para warga pendidik semakin kerap menyampaikan perkongsian ilmu, maklumat serta tugasan-tugasan melalui kemudahan internet.

Pelajar disarankan mengunjungi laman web sekolah serta laman web prauniversiti, di samping mengahlikan diri di kumpulan FaceBOok khas untukmprauniversiti iaitu PRE_USS Preuniversity Sementa Society.

Kombura Discovery:- Kemahiran melayari internet suatu keperluan sama ada dalam bidang pelajaran mahupun kerjaya.

Strategi pelaksanaan:
- penerangan dan penegasan semasa perhimpunan rasmi
- post on this theme or topic posted in the group
- analisis terhadap frekuensi mengunjungi atau melihat post dalam internet (fb). Kiraan terhadap hit
 'like' dan 'seen'.
- analysis results presented  on next Tuesday, July 15th during formal assembly (preuniversity)
- continouos follow-up

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog