Monday, April 29, 2013

No. 3 dan Tiga perkara.

No. 3
Feng Shui

Tiga perkara yang tidak boleh ditarikbalik.

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Tiga perkara yang menghancurkan.
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam


Tiga perkara yang tidak akan hilang
1. Harapan.
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.


Tiga perkara yang membuat sukses.
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Apaaila kita percaya kita mampu melakukan sesuatu, kita mula menggunakan kemmpuan diri kita untuk mencapai apa ynag kita mahu!

Sebaliknya, jika kita memikirkan sesuatu perkara itu mustahil dicapai,aka kita tidak akan berusaha untuk mencapainya.

Satu-satunya orang yang gagal ialah orang yang memikirkan dia tidak mampu melakukan?
Satu-satunya orang yang tidak melakukan kesilapan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa!

(Vip speech by Mr. Ajis Jimi)
30.4.2013
Preuniversity assembly.

Kombura Discovery:
No. 3 ini bagi saya adalah nombor yang sangat banyak makna.

Monday, April 22, 2013

Peperiksaan Akhir Penggal 2 STPM 2013

SMK Tambunan - Kampus prauniversiti melaksanakan penilaian khir penggal bagi pelajar prauniversiti senior bagi penggal 2 tahun 2013. Antara subjek yang ditawarkan diuji dalam prnilaian ini ialah:
1. Pengajian Am
2. Biologi
3. Kimia
4. Matemtik T
5. ICT
6. Sejarah
7. Geografi
8. Bahasa Melayu
9. Ekonomi
10. Pengajian Perniagaan
11. Sains Sukan
12. Seni Visual

Subjek-subjek berkenaan ditawarkan mengikut pakej seperti berikut:

Pakej 1
P.Am, Biologi, Kimia, Matematik T dan ICT

Pakej 2
P.Am, Sejarah, Geografi dan B.Melayu

Pakej 3
P.Am, Ekonomi, P.Perniagaan dan Sejarah

Pakej 4
P.Am, Sains Sukan, Seni Visual dan Bahasa Melayu

Selamat berjaya dalam penilaian ini khas untuk semua calon!

Selepas penilaian ini, ambillah masa untuk membuat refleksi diri.

Selamat Maju Jaya!

Penggal 2 Pengajian Am sistem baharu


Terdapat 2 perkara penting berhubung dengan Pembinaan Grafik  (Bagi Tajuk 3 (SP) dan Bahagian B Kertas Pengajian Am 900/2 dalam Penggal 2) 

1.  Tajuk Utama hendaklah semuanya dalam HURUF BESAR sahaja.  Tidak dibenarkan huruf kecil.
2.  Gunakan teknik WARNA sahaja untuk semua grafik (termasuk Graf Garis).  Tidak dibenarkan lorekan, simbol atau pelbagai bentuk corak.t

,

Markah untuk Bhg Grafik ini(Alih Bentuk) =20m
PA=5
KT=5
KI=5
KJ=5
Manakala pemarkahan untuk bahagian Esei pula seperti berikut: (25m)
I=5
H=15(5X3m)
B=4
F=1(Format ganti Impak.  Esei mesti lengkap dengan Intro dan Penutup baru dapat markah format. Jika penutup tiada, F=0)

Monday, April 15, 2013

Gift, history & mystery

Pelajar prauniversiti dingatkan sekali lagi agar menerapkan ciri-ciri kendiri yang pantas untuk ditiru oleh murid-murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Perkara ini ditegaskan semula oleh En. Sillis Stimin dan Penyelaras Hal Ehwal Pelajar prauniversiti En. Larry Charles semasa berucap dalam perhimpunan rasmi prauniversiti, pagi tadi. 

Sementara itu, dalam perkongsian profesionalnnya En. Francis Philip menkankan tiga perkara penting dalam kehidupan seseorang. Tiga perkara itu ialah 'history', gift dan mystery. Anugerah sebenarnya wujud dalam diri soetiap orang. Nyawa dan sedang bernyawa adalah anugerah terbesar. Sedang melanjutkan pelajaran di prauniversiti juga adalah anugerah. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan yang dikecapi. Begitu juga doengan keamanan yang dinikmati pada masa kini. Kecantikan dan kesihatan pula adalah ift yang setiap individu inginkan. 

History adalah perkara yang tela b erlalu. Ia tidak mungkin ditarik balik! Tetapi history yang tidak baik danmenyakitkan hati boleh diubah. Kerana itula setiap insan diberi anugerahuntuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. 

Mystery adalah sesuatu yang skan datang. Apakah kejadian pada masa hadapan adalah suatu mystery..

Mystery itulah yang wajar kita tentukan hala tuju dan ciri-cirinya. Apa yang kamu fikirkan adalah apa yang akan kamu jadi...uruskanlah gift, history dan mystery dengan baik.

Toi gia?

By Kombura

Pre-university blog