Friday, October 25, 2013

A letter to my students

A letter for you.

Dear stpm prospects,

Masa tingkatan 5 dulu-dulu saya sangat rapat dengan seorang sahabt sebaya dan seasrama. P kelas p makan p prep p belajar p main petang mesti seiringan jalan. Semua orang perasan. Tapi spm semakin hampir dan tiba-tiba saya rasa saya perlu berenggang dengannya. Bukan disebabkan salahfaham gaduh atau apa-apa yang tidak baik. Sebabnya ialah saya tersedar saya ada cara tersendiri untuk belajar dan fokus untuk spm yang kian mendatang. Rakan-rakan lain hairan atas perubahan itu. Bila spm nearer murid tidak wajib lagi turun padang, saya pi belajar dia pi padang, sia p padang dia pi belajar, dia belajar lama lama saya pula belajar ikut jadual saya. Memang tiada clash dengan sahabat baik saya itu. Cuma saya perlu mengikut rentak saya sendiri. Kami tetap sahabat baik cuma masing-masing fokus terhadap peperiksaan itu. Memanglah waktu bermain sudah berkurang apalagi berpoya-poya. Orang lain syok syok di padang atau mandi manda di sungai saya pula mengadap buku. Kadang-kadang rasa terpencil pun timbul. Saya tidak menyesal. Dan saya dan sahabat baik saya itu akhirnya mencatat keputusan memberangsangkan, bukanlah yang terbaik, top above the top tapi top 10 juga mangkalitu, bahkan berjaya menggrab keputusan terbaik subjek...

Pelajar-pelajar
Jangan takut untuk menjadi diri anda. Percayalah kepada diri anda. Be yourself. Motivate yourself. Be focus. Your future is in your hand. Semuanya di tangan anda. Kalau bukan kau siapa lagi!

I wish you ALL THE BEST. MAY GOD BLESS YOU ALWAYS. Amen.

26.10.2013


Tuesday, October 15, 2013

Persediaan Peperiksaan: 10 Tip


Persediaan Peperiksaan: 10 Tip



Sudah bersediakah anda menghadapi peperiksaan akhir? 10 tip ini boleh membantu anda.

1. Berilah diri anda masa yang mencukupi untuk belajar
Jangan tunggu sehingga masa-masa akhir baru hendak belajar. Belajar di penghujung semester bukan langkah bijak. Ketahui jadual peperiksaan peringkat sekolah dan nasional kemudian atur jadual belajar mengikut keselesaan sendiri. Anda yang tinggal di asrama perlu menyesuaikan masa belajar yang telah ditentukan.

2. Susunaturkan ruang belajar anda
Pastikan anda punyai ruang secukupnya untuk buku rujukan, alat tulis dan ruang menulis. Amalkan juga ini semasa menghadapi peperiksaan sebenar.




3. Buat lakaran gambarajah
 Tutup buku rujukan atau nota, kemudian lakarkan semula segala yang anda ingat. Anda tahu peta minda, kan?


(sumber: google)

4. Membuat soalan peperiksaan lepas
Ini antara strategi yang paling berkesan. Praktis menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar. Bukan sahaja dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan tetapi melatih penggunaan masa. Dengan masa yang masih ada ini, gandakan tip 4 ini!

5. Terangkan jawapan kepada orang di sekeliling
Benar! Ini strategi yang luar biasa! Terangkan jawapan terhadap sesuatu soalan kepada sesiapa sahaja – adik, kakak, abang, ibu bapa, rakan. Cara ini menguatkan ingatan.
(image:kolokium 2011, Kombura Discovery)


6. Belajar berkumpulan bersama rakan seperjuangan
Berbincang bentuk soalan dan jawapan yang sepatutnya. Saling membimbing. Berlatih menerangkan jawapan kepada rakan-rakan.

7. Ambil masa rehat
Rehat sangat penting. Bergantung kepada keselesaan anda, rehat boleh selepas 1 jam. Tentukan tempoh rehat dan bagaimana rehat yang anda mahu. Mungkin menutup mata dan bertenang, melihat tv atau main game atau FB! Ingat, tepati masa yang anda tentukan. Jangan rehat terlalu lama. Rehat juga berfungsi sebagai ganjaran kerana berjaya fokus belajar.

5-7 minit rehat adalah memadai

8. Elakkan makanan ringan
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada otak. Ikan, kekacang, yogurt dan blueberry antara makanan yang baik. Anda tentu kenal Kismis, kan? Kismis meningkatkan fokus dan daya ingatan.
(image: google)

9. Bersedia untuk peperiksaan
Pastikan anda telah kenal pasti segalanya yang berkaitan peperiksaan. Format soalan, bilangan soalan perlu dijawab dan keperluan alat tulis mesti dikenalpasti dan diingati. Rancang juga perjalanan anda ke dewan peperiksaan!


Format/Arahan: Bahagian A-jawab semua 15 soalan. Bahagian B-jawab 1 dari 2 soalan. Bahagian C -jawab 2 dari 3 soalan esei!

10. Amalkan meminum air
Ketahuilah otak sangat memerlukan air. Pastikan anda sentiasa meminum air semasa ulangkaji mahupun semasa peperiksaan. Bawa air semasa peperiksaan sebenar.




Manakah tip 1 hingga 10 yang relevan dengan jangka waktu yang ada sebelum peperiksaan sebenar bermula? Anda tahu jawapannya! Agaknya tip 4 yang paling signifikan dengan masa yang tinggal...!

Selamat Berjaya!


Kombura Discovery
16.10.2013

Pre-university blog