Monday, June 10, 2013

Perhimpunan Rasmi

11 Jun 2013-Kampus SMK Tambunan:

Amanat dan pengumuman:
1. En. Alfred Peter (guru bertugas lepas, sebelum cuti)- Pelihara sahsiah dan tingkah laku.
2. En. Clarence Joseph (penyelaras kokurikulum)-Perjumpaan rumah sukan pada jam 1.40 petang hingga 3.30 petang mengikut tempat yang telah ditentukan.
3. En. Mathew Gunasip (unit pembangunan)- Meja dan kerusi untuk pelajar esti lengkap hari ini.
4. En. Lary Charles (penyelaras hal ehwal pelajar)- gunakan atau pergi ke cafe pada masa yang ditetapkan sahaja. Laporkan kekurangan keperluan dalam tandas prauniversiti. Name tag pelajar akan diwajibkan.
5. Pn. Esther Linus (Penolong Kanan T6)- pelajar prauniversiti senior perempuan akan menerima suntikan vaksin kanser rahim dan payu dara pada hari ini, jam 2.00 petang. Besok, 12.6.2013 saringan thalasemia akan diadakan untuk pelajar prau senior. Setiap kelas prau wajib menghantar salinan carta organisasi setiap kelas, termasuk takwim kelas. Contoh kandungan takwim ialah aktiviti kelas yang akan diadakan oleh kelas sama ada di dalam atau di luar sekolah. Takwim merangkumi semester semasa sahaja. Termasuk jugalah program peningkatan akademik yang kelas rancang atau cadangkan. Pemakaian pelajar-pelajar perempuan boleh memakai baju kurung bersama dengan skirt gray. Tali leher wajib. Semua pelajar mesti menampilkan perawakan dan pemakaian yang sewajarnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Catatan oleh En Jenius Gadiman.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog