Tuesday, March 12, 2013

BB1M voucher

Tambunan, 12 Mac:- Pelajar prauniversiti kampus SMK Tambunan kini tersenyum gembira kerana mereka baharu sahaja menerima voucer Bantuan Buku 1Malaysia. Penyampaian voucer berkenaan disempurnakan oleh Yang BErusaha Tuan Pengetua, Mr. Tien Sien Kuan. Turut bersama majlis ringkas tersebut ialah Penolong Kanan HEM SMK Tambunan En. Jaidi Karim, Penyelaras Prauniversiti Pn. Esther Linus, Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Prauniversiti En. Larry Charles, Penolong Kanan Prauniversisi SMK Desa Wawasan En. Julius Gouli serta para pensyarah dan pelajar prauniversiti kampus SMK Tambunan.

Dalam ucapan beliau, Tn.Pengetua mengingatkan para pelajar agar terus mengekalkan kecemerlangan dan menggunakan voucer buku itu sebaiknya. Beliau turut menggesa para pelajar agar bekerjasama dan bersama-sama dengan para pensyarah serta pihak sekolah dalam meningkatkan lagi martabat prauniversiti SMK Tambunan. Beliau percaya pusat prauniversiti SMK Tambunan boleh menjadi role-model yang baik bukan sahaja di peringkat daerah malah di peringkat negeri dan kebangsaan. Hasrat tersebut boleh dicapai dengan adanya kerjasama antara semua pihak dan warga kampus.

Dalam taklimatnya sebelum itu, penyelaras prauniversiti Pn. Esther Linus turut menggesa para pelajar agar tidak menyalahgunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu.


 tidak sabar mau terima voucer ka....


 simbolik...Tn.Pengetua menyampaikan voucer kepada salah seorang guru kelas 
untuk disampaikan kepada pelajar

ahaaa...ni dia c kurina gembira sangat dapat vocuer rm250! kasi abis ahh

Kombura News.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog