Thursday, January 17, 2013

Majlis serah tugas antara pengetua



SMK Tambunan, 18 Januari 2013: - Sekolah mengadakan majlis penuh bermakna sebagai majlis perpisahan untuk mantan pengetua iaitu Tn. Hj. Mohmad Mohlis Bin Yusak. Beliau kini bertugas di SMK Nambayan setelah menerajui SMK Tambunan selama 6 tahun iaitu sejak tahun 2006. Dalam perkongsian, beliau memberitahu bahawa di sekolah inilah perkhidmatannya yang paling lama sebagai seorang pengetua.
"Anda semua tetap anak-anak saya. Saya masih 'bapa' kamu, bukan 'bapa tiri'" ujar beliau yang terkenal dengan sikap tegas, toleransi dan kasih sayangnya.
"SMK Tambunan adalah sekolah di mana saya bertugas dalam tempoh yang paling lama iaitu 6 tahun, dan murid-murid SMK Tambunan adalah yang terbaik yang pernah saya ada setakat ini," kata beliau lagi.

Beliau turut berpesan kepada warga pendidik agar sentiasa dinamik dalam pekrhidmatan.
"Mana-mana penguatkuasaan berdasarkan peraturan penjawat awam yang telah saya jalankan adalah peraturan yang wajar sebagai penjawat awam," tambah beliau lagi.

"Saya doakan semua warga SMK Tambunan dalam keadaan baik sampai bila-bila," katanya lagi mengakhiri perkongsian beliau.



Sementara itu, dalam ucapan pengetua baharu Mr Ting Sien Kuan, beliau melahirkan impiannya untuk melahirkan warga pendidik yang kreatif dan mampu mengimprovasi pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"I believe, within 4 years from now on, SMK Tambunan will be the champion in producing ICT based teaching & learning tools. This is my dream!", hoped Mr. Ting Sien Kuan, the new leader.

-Kombura Discovery news-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog