Rajin & Usaha Tangga Kejayaan
Satu kata pujangga yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Ringkas dan kedengarannya biasa-biasa saja tetapi jika diamalkan maka keberkesananna memang terbukti. Ia
umpama air menitis titis demi titis yang lama-kelamaan membentuk lubang
takungan pada permukaan batu yang terkeras pun!
Andai saya tidak rajin dan berusaha, maka saya tidak akan
berada di tempat sekarang. Begitu juga dengan anda, semuanya tidak mungkin bias
berada pada tahap sekarang sekiranya bukan daripada kerajinan dan usaha
sebelumnya.
Namun, mungkin anda sudah terleka dan terlupa untuk rajin
berusaha? Adakah anda rajin berusaha membuat ulangkaji? Membuat nota-nota?
Menjawab soaln-soalan tahun lepas? Membuat latihan kendiri? Membaca? Mengikuti
perkembangan semasa duniawi?
Tepuk dada Tanya minda!
Tahap kerajinan dan usaha akan menentukan tahap kejayaan
masing-masing. Semakin rajin berusaha maka semakin tinggi pencapaian kita. Ia
seumpama mengasah segigih-gigihnya parang tumpul sehingga ia menjadi setajam
pedang samurai!
Dalam konteks anda sebagai pelajar, kerajinan dan usaha
bersungguh-sungguh amatlah kritikal untuk diamalkan. Apatah lagi untuk
menghadapi peperiksaan semester demi semester.
Kepada semua pelajar senior yang baru-baru ini telah
menerima keputusan peperiksaan Semester 2, pencapaian anda adalah petunjuk
kepada tahap kerajinan dan usaha anda selama ini! Syabas dan tahniah!
Secara peribadi, saya ingin merakamkan penghargaan dan
dorongan kepada semua pelajar Senior 4 STPM 2016 atas usaha anda selama ini!
Teruskan usaha gigih anda! Bagi pelajar yang kurang bernasib baik keputusannya,
masih belum begitu terlewat untuk memperbaikinya! Amalkanlah kerajinan dan
usaha gigih dan bersungguh-sungguh!
Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar Senior 4 STPM 2016
yang Berjaya mengekalkan gred yang baik atauun meningkatkan gred khususnya bagi
subjek Pengajian Am dalam peperiksaan Penggal 2 lepas. Semoga insentif a.k.a.
saguhati yang saya sampaikan menjadi pendorong untuk anda semua lebih rajin dan gigih berusaha:
1.
Joana Johnny, Gred A & GPS: 4.00
2.
Odreyyen Jaunopoh, Gred A- & GPS 3.67
3.
Christy Cassandra George, Gred A- & GPS 3.67
4.
Ivan Peter Witus, Gred B & GPS 3.00
5.
Frederica Patrick, Gred B & GPS 3.00
6.
Fera Florynna Mourine, Gred B- & GPS 2.67
7.
Irma Nasip, Gred B- & GPS 2.67
Peperiksaan Penggal 2 STPM adalah sangat mencabar khususnya
untuk subjek Pengajian Am, namun anda semua berjaya membuktikan bahawa itu
bukanlah penghalang utama mencipta gred cemerlang bagi subjek ini. Teruskan
usaha gigih anda.
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan!
Kombura Discovery
9.8.2016