Monday, May 13, 2013

Perhimpunan Rasmi Pusat Prauniversiti


SMK Tambunan, 14 Mei 2013: Perhimpunan rasmi yang pertama bersama dengan pelajar prauniversiti junior berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mini prauniversiti SMK Tambunan. Walaupun tidak semua 144 pelajar prauniversiti hadir, namun pada kali ini bilangan pelajar kelihatan agak ramai sehingga beberapa penyesuaian perlu dilakukan di dalam dewan perhimpunan ini. Sungguhpun begitu, perhimpunan telah berjalan dengan lancar sekali!

Dalam perhimpunan ini Penyelaras Hal Ehwal Pelajar En. Lary Charles mengingatkan buat kesekian kalinya berkaitan pematuhan pelajar terhadap peraturan-peraturan dalam kampus. Antaranya ialah tentang pematuhan peraturan penggunaan masa termasuklah waktunkeluar masuk kelas serta waktu rehat. Pelajar diingatkan agar tidak menyalahgunakan masa ketiadaan pensyarah dalam kelas.

Ketua Jabatan Teknik dan Vokasional yang juga pensyarah subjek Pengajian Perniagaan turut mengambil kesempatan untuk menekankan kepentingan pematuhan terhadap peraturan-peraturan kampus. Beliau turut menegur sikap sambil lewa pelajar terhadap hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan. Beliau juga menekankan kepentingan menjaga keperibadian sendiri serta perasaan hormat-menghormati antara warga kampus khasnya serta dengan masyarakat secara keseluruhan.

En. Fred Kasun selaku pensyarah Seni Visual turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat penting. Beliau yang menghadiri taklimat oleh MPM di Kota Kinabalu menyampaikan beberapa perkara penting daripada taklimat itu:

A. Gelombang meniru
1. Hand phone, lap top dan gadget lain
- segala alat teknologi terkini ini dilarang sama sekali berada dimkawsan peperiksaan!
2. Pencil case
- Akan menjadi perhatian utama untukmmengelakkan peniruan.
3. Jeling-menjeling juga dianggap meniru!

4. Pinjam-meminjam
- dilarang sama sekali! Akan dianggap meniru.

5. Hiasan pada badan seperti tatu
- kewujudan tatu pada tangan dan lain-lain juga dianggap satu bentuk peniruan!

Tips
1. Sediakan peralatan peperiksaan lebih awal. Pensil ka perlu mesti ditajamkan sebelum peperiksaan.
Perkara ini telah ditekankan berkali-kali oleh pensyarah.
2. Hormati masa yang diberikan. Gunakan sepenuhnya!



Dewan perhimpunan pada kali ini juga amat bertuah kerana ramai pensyarah yang mengambil kesempatan memberikan amanat dan peringatan.

En. Alfred Peter yang juga pensyarah Sejarah menegur tentang kepentingan membuktikan kematangan fikiran masing-masing. Sebagai pelajar prauniversiti dan digelar mahasiswa mahasiswi, pelajar sepatutnya menunjukkan keperibadian tinggi pada diri masing-masing. Setaraf dengan umur mereka, pelajar mesti mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik yang akhirnya akan menyakiti hati dan memalukan diri sendiri. Beliau turut mengingatkan agar setiap individu menjaga diri sendiri agar tidak memalitkan nama buruk kepada diri sendiri dan kampus secara amnya. Beliau juga mengingatkan semua pelajar agar membuat pilihan tepat terhadap pilihan subjek yang akan dipilih kelak. "Pelihara penampilan anda pada setiap masa," tegas beliau lagi.

Penolong Kanan Prauniversiti, Pn. Esther Linus dalam ucapan penutup mengingatkan semula tanggungjawab semua pelajar terhadap perkara-perkara yang dikemukakan oleh para pensyarah. Beliau turut berpesan kepada semua pelajar agar melengkapkan pakaian seragam masing-masing dengan menepati tempoh yang telah ditentukan.


Kombura:

Siapa kita ditentukan oleh diri kita sendiri.
Kadang-kadang perlu refleksi diri iaitu menilai semula perkara-perkara yang telah dibuat atau dilalui. Selepas membuat penilaian, maka perlu fikirkan kaedah penambahbaikan. Yang tidak baik, tinggalkan; yang baik, perbaikkan lagi!

Tuesday, May 7, 2013

Pendaftaran Prauniversiti Junior STPM 2014

Tambunan, 8 Mei 2013:- SMK Tambunan melaksanakan pendaftaran pelajar prauniversiti junior bagi sesi  2013/2014. Seramai 144 pelajar ditawarkan ke prauniversiti junior di pusat prauniversiti SMK Tambunan pada kali ini. Jumlah ini termasuk 28 calon untuk aliran sains. Pusat prauniversiti SMK Tambunan merupakan satu-satunya sekolah di daerah Tambunan yang menawarkan aliran sains. Program orientasi atau suai kenal bagi pelajar junior ini dimulakan pada hari pendaftaran bermula.


Monday, May 6, 2013

Sikap merubah segalanya!

SIKAP MERUPAKAN PERBUATAN KECIL YANG MAMPU MENGHASILKN PERBEZAAN YANG BESAR! (Thomas Cralyle/Mr. Clarene  Joseph)


Apa yang anda buat sekarang akan menentukan apa dan siapa ada pada masa hadapan!

Pilihan di tangan anda!

Bagaimana rumah anda pada masa depan, anda yang menentukannya mulai sekarang!

Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan dan kerja keras.

Jangan harapkan orang lain untuk menyedarkan anda untuk berubah!

Kejayaan yang hebat bukan dicapai dengan kekuatan tetapi dengan kecekalan dan ketabahan.

Yang mana anda pilih? Mengetahui rahsia kegagalan, atau mengetahui rahsia kejayaan? Ca fikirkan?

Pre-university blog