Wednesday, November 9, 2011

MAKLUMAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2011


MAKLUMAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2011
Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
412,028
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,155
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,925
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
10,750
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
1,737
6.
Calon Persendirian
29,213
Jumlah Besar
468,808Lembaga Peperiksaan juga suka mengingatkan semua calon supaya bersedia dan membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala untuk sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa yang sama, calon-calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.
Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri telah dimaklumkan mengenai Ops Payung berkaitan dengan banjir (Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 6/2008). Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi dilanda banjir telah diarah menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat. Segala bentuk bantuan termasuk tempat tinggal, makanan dan keperluan asas yang lain akan disalurkan segera kepada calon yang diancam banjir. Bagi memastikan calon dapat mengambil SPM dalam keadaan selamat, Kementerian Pelajaran akan bekerja rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Bilik Gerakan SPM akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan dan akan dibuka dari 13 November 2011 hingga 14 Disember 2011. Waktu operasi ialah dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Bilik Gerakan ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor berikut:
03-8889 3551 / 03-8889 3582 / 03-8889 3601 / 03-8889 3520
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 4 Oktober 2011

Pre-university blog