Friday, October 25, 2013

A letter to my students

A letter for you.

Dear stpm prospects,

Masa tingkatan 5 dulu-dulu saya sangat rapat dengan seorang sahabt sebaya dan seasrama. P kelas p makan p prep p belajar p main petang mesti seiringan jalan. Semua orang perasan. Tapi spm semakin hampir dan tiba-tiba saya rasa saya perlu berenggang dengannya. Bukan disebabkan salahfaham gaduh atau apa-apa yang tidak baik. Sebabnya ialah saya tersedar saya ada cara tersendiri untuk belajar dan fokus untuk spm yang kian mendatang. Rakan-rakan lain hairan atas perubahan itu. Bila spm nearer murid tidak wajib lagi turun padang, saya pi belajar dia pi padang, sia p padang dia pi belajar, dia belajar lama lama saya pula belajar ikut jadual saya. Memang tiada clash dengan sahabat baik saya itu. Cuma saya perlu mengikut rentak saya sendiri. Kami tetap sahabat baik cuma masing-masing fokus terhadap peperiksaan itu. Memanglah waktu bermain sudah berkurang apalagi berpoya-poya. Orang lain syok syok di padang atau mandi manda di sungai saya pula mengadap buku. Kadang-kadang rasa terpencil pun timbul. Saya tidak menyesal. Dan saya dan sahabat baik saya itu akhirnya mencatat keputusan memberangsangkan, bukanlah yang terbaik, top above the top tapi top 10 juga mangkalitu, bahkan berjaya menggrab keputusan terbaik subjek...

Pelajar-pelajar
Jangan takut untuk menjadi diri anda. Percayalah kepada diri anda. Be yourself. Motivate yourself. Be focus. Your future is in your hand. Semuanya di tangan anda. Kalau bukan kau siapa lagi!

I wish you ALL THE BEST. MAY GOD BLESS YOU ALWAYS. Amen.

26.10.2013


Tuesday, October 15, 2013

Persediaan Peperiksaan: 10 Tip


Persediaan Peperiksaan: 10 Tip



Sudah bersediakah anda menghadapi peperiksaan akhir? 10 tip ini boleh membantu anda.

1. Berilah diri anda masa yang mencukupi untuk belajar
Jangan tunggu sehingga masa-masa akhir baru hendak belajar. Belajar di penghujung semester bukan langkah bijak. Ketahui jadual peperiksaan peringkat sekolah dan nasional kemudian atur jadual belajar mengikut keselesaan sendiri. Anda yang tinggal di asrama perlu menyesuaikan masa belajar yang telah ditentukan.

2. Susunaturkan ruang belajar anda
Pastikan anda punyai ruang secukupnya untuk buku rujukan, alat tulis dan ruang menulis. Amalkan juga ini semasa menghadapi peperiksaan sebenar.




3. Buat lakaran gambarajah
 Tutup buku rujukan atau nota, kemudian lakarkan semula segala yang anda ingat. Anda tahu peta minda, kan?


(sumber: google)

4. Membuat soalan peperiksaan lepas
Ini antara strategi yang paling berkesan. Praktis menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar. Bukan sahaja dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan tetapi melatih penggunaan masa. Dengan masa yang masih ada ini, gandakan tip 4 ini!

5. Terangkan jawapan kepada orang di sekeliling
Benar! Ini strategi yang luar biasa! Terangkan jawapan terhadap sesuatu soalan kepada sesiapa sahaja – adik, kakak, abang, ibu bapa, rakan. Cara ini menguatkan ingatan.
(image:kolokium 2011, Kombura Discovery)


6. Belajar berkumpulan bersama rakan seperjuangan
Berbincang bentuk soalan dan jawapan yang sepatutnya. Saling membimbing. Berlatih menerangkan jawapan kepada rakan-rakan.

7. Ambil masa rehat
Rehat sangat penting. Bergantung kepada keselesaan anda, rehat boleh selepas 1 jam. Tentukan tempoh rehat dan bagaimana rehat yang anda mahu. Mungkin menutup mata dan bertenang, melihat tv atau main game atau FB! Ingat, tepati masa yang anda tentukan. Jangan rehat terlalu lama. Rehat juga berfungsi sebagai ganjaran kerana berjaya fokus belajar.

5-7 minit rehat adalah memadai

8. Elakkan makanan ringan
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada otak. Ikan, kekacang, yogurt dan blueberry antara makanan yang baik. Anda tentu kenal Kismis, kan? Kismis meningkatkan fokus dan daya ingatan.
(image: google)

9. Bersedia untuk peperiksaan
Pastikan anda telah kenal pasti segalanya yang berkaitan peperiksaan. Format soalan, bilangan soalan perlu dijawab dan keperluan alat tulis mesti dikenalpasti dan diingati. Rancang juga perjalanan anda ke dewan peperiksaan!


Format/Arahan: Bahagian A-jawab semua 15 soalan. Bahagian B-jawab 1 dari 2 soalan. Bahagian C -jawab 2 dari 3 soalan esei!

10. Amalkan meminum air
Ketahuilah otak sangat memerlukan air. Pastikan anda sentiasa meminum air semasa ulangkaji mahupun semasa peperiksaan. Bawa air semasa peperiksaan sebenar.




Manakah tip 1 hingga 10 yang relevan dengan jangka waktu yang ada sebelum peperiksaan sebenar bermula? Anda tahu jawapannya! Agaknya tip 4 yang paling signifikan dengan masa yang tinggal...!

Selamat Berjaya!


Kombura Discovery
16.10.2013

Monday, September 30, 2013

GMO ?


Protokol Cartagena lindungi kesan negatif bioteknologi
Tuesday, 24 February 2004
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Dunia perlu menerima Protokol Cartagena sebagai satu perjanjian antarabangsa mengenai keselamatan biologi, bertujuan melindungi pengguna, khususnya membabitkan organisma atau makanan yang diubah suai secara genetik (GMO atau LMO).

Protokol itu bukan saja berperanan menyeragamkan undang-undang dan prosedur mengenai pergerakan GMO, malah membolehkan negara anggota, terutama yang tidak mempunyai undang-undang mengenai keselamatan biologi, mendapat maklumat dan membuat keputusan tepat berhubung pengimportan GMO ke negara masing-masing.

Presiden Mesyuarat Parti-parti Kepada Protokol Cartagena Mengenai Keselamatan Biologi Pertama (MOP-1), Datuk Seri Law Hieng Ding (gambar), berkata protokol itu penting bagi melindungi kepentingan pengguna daripada produk yang dihasilkan teknologi biologi moden.

Beliau berkata, walaupun bioteknologi berpotensi membawa perubahan positif kepada kehidupan manusia sejagat, ia juga dikatakan mempunyai kesan negatif kepada kesihatan manusia, ekosistem dan alam sekitar.

“Isu GMO sering diperdebatkan antara mereka yang memihak dan menentang bioteknologi ini. Ia mungkin selamat, mungkin juga tidak, namun apa yang pasti teknologi ini berpotensi menghasilkan gabungan genetik baru.

“Dengan pengalaman yang terhad mengenainya, sudah pasti kita perlu mewujudkan undang-undang di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya berucap merasmikan MOP-1, di sini semalam. Kira-kira 1,000 delegasi daripada 86 negara anggota protokol berkenaan menyertai mesyuarat yang diadakan buat julung kali sejak ia dikuatkuasakan 11 September tahun lalu. Malaysia meratifikasi protokol berkenaan pada 3 September tahun yang sama.

Protokol berkenaan diterima negara anggota pada Januari 2000 sebagai antara perjanjian kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD). MOP-1 yang akan berlangsung sehingga 27 Februari itu diadakan selepas negara anggota CBD bermesyuarat selama dua minggu di ibu kota sejak 9 Februari lalu.

Law yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bagaimanapun mengakui pelaksanaan protokol itu satu cabaran besar, khususnya kepada negara membangun kerana ia membabitkan isu baru kepada kebanyakan negara.

Sehubungan itu, katanya, mesyuarat berkenaan bertanggungjawab menjelaskan mengenai keperluan protokol itu supaya ia dapat difahami dan dilaksanakan di negara berkenaan. “Mesyuarat ini berperanan memberi petunjuk dan garis panduan bagi menjayakan protokol ini. Mesyuarat yang diadakan ini bukan bertujuan untuk merundingkan isi kandungan protokol,” katanya.

Sementara itu, wakil Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unep), Ahmed Djoghlaf, berkata kejayaan protokol itu akan ditentukan kerjasama erat antara negara anggota serta antara kerajaan dan sektor swasta.


Friday, September 27, 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Tahun 2013

Pelan Integriti  Nasional (PIN) dan Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan

28 Sept. - SMK Tambunan: Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Datuk Anthony Gibun. Seminar tesebut dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan dan ceramah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang DG54, Puan Siti Aisah Hj. Maidin yang merupakan Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Sabah. Sseminar pada kali ini merupakan fasa kedua yang melibatkan semua warga pendidik yang berkhidmat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Tambunan. Fasa pertama telah dijalankan pada 21 September 2013 yang melibatkan semua warga pendidik yang berkhidmat di semua sekolah rendah dalam daerah Tambunan.
Gambar hiasan (kombura)

Antara objektif seminar ini ialah:
A. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidikmdan bakal pendidik mengenai PIN;
B. Meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat; dan
C. Mendapatkan kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integiriti dan PIN dalam kalangan pelajar.

Integriti - kukuh, 'intact', unimpaired, mengamalkan nilai-nilai  murni

Noun
The quality of being honest and having strong moral principles; moral uprightness.
The state of being whole and undivided: "territorial integrity".
Synonyms
honesty - probity - entirety - rectitude - wholeness

in·teg·ri·ty ( n-t g r -t ). n. 1. Steadfast adherence to a strict moral or ethical code. 2. The state of being unimpaired; soundness. 3. The quality or condition of being ...
‎Integrity - ‎Integrity Constraint - ‎Integrity protection - ‎Change of integrity


Integriti individu.
Integriti organisasi.

Kombura Discovery
28.9.2013

Tuesday, September 10, 2013

The Advantage & Disadvantage of Having a blog



Kombura Discovery

True indeed!

Pernahkah anda mengalami kekalutan perasaan dan anda mendapati diri anda menconteng-conteng pada kertas? Sama ada anda menconteng atau mencoret-coret pada kertas dengan senyap atau dengan iringan bunyi-bunyian suarah atau luahan perasaan, sedar tidak sedar perbuatan itu merupakan natijah atau manifestasi perasaan yang sedang anda hadapi. Ikuti tulisan Devrine Mylon tentang peranan menulis jurnal/blog...


The Advantage & Disadvantage of  Having a blog


“Research has shown that writing a personal diary and other forms of expressive writing are a great way to release emotional distress and just feel better,” Blogging enables teenagers to share these feelings to a wider audience in an effort to discuss ideas and start a conversation.

Another reason why teenagers create a blog is because they want to create their own identity and share their creativity and also serve as a source of healing, reflection, and inspirations to teenagers. But is blogging really beneficial to us? To further understand that world of blogging, it is important that we determine its advantages and disadvantages.

Advantages of Blogging
1.     It Helps Improve the Communication and Writing Skills : Creating blogs-improve the writing skills - making them aware of their grammar and comprehension as well as misspelling. Moreover, blogging- help to improve communication skills.
2.     It Helps Promote Better Self-Esteem : overcome social anxiety, self-esteem, and emotional distress .
3.     Money Making : earn money from Google adsense, churp2, Chitika and more.

Disadvantages of Blogging
1.     1 Time Consuming: In order to keep readers interested and maintain or improve the internet traffic that the blog site generates, we need to often update it. But due to various tasks that   we have to do both in school and at home, we may find it hard to have some time to create posts for our blog.
2.     Criticism: be brave and strong enough to face these criticisms due to the content or topics of the blogs so that it will not have a huge impact on our lives.

Blogging is a  fascinating study and a great idea. And it is free and easy to try. Anyone can set up a free blog on Google’s Blogger and it is simple to use. You don’t have to use your own name.  U can be  anonymous. Or Tumblr is very popular now and good for short posts. Blogging is also a great way for teens to hone their writing skills, so there is a secondary benefit to teen blogging. If you already have one, than that’s good. So, for those who has no blog YET, feel free to make one.

Written by
Devrine Mylon
Senior 1


Pre-university blog