Showing posts with label Kolokium. Show all posts
Showing posts with label Kolokium. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

prauniversity research

April, 25 - SMK Tambunan - Pelajar-pelajar prauniversiti senior tahun 2012 selamat mengikuti peperiksaan atau penilaian akhir bagi kursus Kajian Prauniversiti. Penilaian tersebut diadakan di BIlik Konferens. Seramai 64 pelajar prauniversiti terlibat dengan peperiksaan itu. Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan bahawa calon-caln telah membuat persediaan awal bagi menghadapi penilaian ini. Ini dibuktikan oleh jawapan pelajar yang agak baik.

Kajian prauniversiti atau peringkat Tingkatan 6 ini merupakan kursus yang memberi pendedahan awal kepada bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institut pengajian awam IPTA)  mahupun swasta (IPTS). Mereka tidak akan mendapat kejutan budaya penyelidikan akademik apabila berada dalam pengajian di peringkat diploma mahupun di pringkat ijazah.










Saturday, August 27, 2011

Kolokium ke-2 pra universiti SMK Tambunan


Kolokium hasil kajian  pra universiti SMK Tambunan tahun 2011 telah berlangsung pada 26 Ogos 2011 bertempat di dewan besar Datuk Anthony Gibun. Sebanyak 16 daripada 18 pasukan kajian berjaya membentangkan hasil kajian masing-masing. Panel penilai terdiri daripada pensyarah berkaliber seperti En. Mudin Sipin, En. Larry Charles, En. Mathew Gunasip, En. Clarence Joseph G, Pn. Ann Doreen Doral dan Pn. Jessie Girik. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para panel penilai.
        
Kajian merangkumi isu-isu berkaitan dengan sekolah seperti isu akademik, disiplin dan kokurikulum. Terdapat juga kajian yang mengkaji tentang amalan berpasangan atau lebih dikenali sebagai cinta monyet dalam kalangan pelajar sekolah. Secara keseluruhannya hasil kajian pada kali ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan hasil kajian pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, kajian pada tahun lepas juga tidak kurang bermutu sungguhpun julung-julung kali diadakan.


Pada akhir kolokium ketua panel penilai iaitu En. Mudin Sipin telah sudi menyampaikan rumusan terhadap prestasi kolokium pada kali ini. Menurut dapatan panel penilai didapati bahawa terdapat beberapa perkara yang wajar diberi perhatian samada oleh pembentang mahupun audien. Pembentang terdiri daripada pelajar-pelajar pra-universiti senior manakala audien ialah para pelajar pra-universiti junior. Antara aspek yang memerlukan penambahbaikan ialah:
a. Keyakinan semasa membentang
b. Kaedah perbincangan terhadap dapatan kajian
c. Cadangan-cadangan kajian
d. Pemilihan sampel

Pengalaman menjalankan kajian di peringkat pra-universiti ini sememangnya akan sangat berguna apabila pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Para pelajar pra-universiti junior pada tahun ini juga mendapat pendedahan awal mengenai program kolokium dan penyelidikan di peringkat pra-universiti ini.

Semasa kolokium, Kordinator Pra Unviersiti SMK Tambunan iaitu En. Jenius Gadiman memberi maklumat awal kepada pelajar pra-universiti junior bahawa kajian mereka kelak akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Sungguhpun demikian, pihak pra universiti masih dalam peringkat perbincangan khususnya dengan para pensyarah MUET.



Diucapkan tahniah dan semoga kolokium seperti ini telah dapat memberi pendedahan bermanfaat kepada semua pelajar terutama sekali pelajar pra universiti senior yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas STPM. 

Sunday, November 7, 2010

Anugerah Penyelidikan Pra-Universiti Tahun 2010

ANUGERAH KHAS PENYELIDIKAN

dianugerahkan kepada

FAZIDAH BINTI AHMAD THADZUDDIN
NO.K/P: 910510-12-6176

kerana prestasi terbaik (84.6 %)
Penyelidikan Ilmiah Pra-Universiti (Tingkatan 6)
sesi 2009/2010.

Setinggi-tinggi tahniah & selamat maju jaya.

Tarikh: 11.11.2010

…............................................... …..….......................................
Penyelaras Pra-Universiti. Pengetua.
En. Jenius Gadiman Tn. Haji Mohmad Mohlis Bin Yusak


No. Siri: 01

Friday, February 5, 2010

Penyelidikan Pra-Universiti

Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa pasukan (team) penyelidikan. Setiap pasukan perlu mengenal pasti isu yang hendak dikaji kemudian mencadangkan tajuk penyelidikan yang sesuai. Tajuk yang dipilih hendaklah jelas dan fokus. Selepas mendapat kelulusan tajuk, maka pelajar bolehlah memulakan kajian dengan mengkaji latar belakang isu atau kajian-kajian atau bacaan kepustakaan berkaitan dengan isu yang hendak dikaji. Dalam bahagian latar belakang isu, pelajar perlu mengemukakan perkara-perkara berkaitan misalnya punca berlakunya masalah  atau isu, implikasi isu dan sebagainya.

Pasukan 1: Alvin Dulamit, Beatrice Sungar,  Sandra Natalie Gudid, Sony Kent  Padalis & Friscilla Juie.
Pasukan 2: Jorge Richard, S. Joeylear Gray Suil, Alister Miki & Andrian Laurix Memet.
Pasukan 3: Rosmawani Majana, Florina Yotos, Veinah Medin & Erickado Pius.
Pasukan 4: Jusrino Justin, Rina JOyce William, Qirine Paunis & Dorrena Dominic.
Pasukan 5: Artica Angela Paulus, Aubrey Micheal, Eyrrma Roger & Hanareama Duamit.
Pasukan 6: Suhaidi Jabi, ALixius Lasius, Rida Danis, Vivonica Pee & Mitchellen Mauran.
Pasukan 7: Mitchelle Mauran, Beatrice Maikol, Celestina Louis, Venaina Awit & Mc Guy Millon.
Pasukan 8: Harvini Masuti, Ferzuana Hamruni Bt Ferdaus, Ferza Notissa Bt Ferdaus, Joselyn Madi & Fauziah Bt Mohd Jani.
Pasukan 9: Nurul RAifhan Bt. Jaini, Fazidah Bt Ahmad Tajuddin, Adriana Muhadi, Valerie Henry & Ruhana Jakian.
Pasukan 10: Azidah Jalaludin, Cindy Mudi, Filician Casimir, Marcella Richard & Jani Joseph.
Pasukan 11: Fisabellah John, Nurul Ain Abdullah @ Winnie, Jebita Kunsiang, Prudence Lowrance & Thulasi Devi A/P Subramaniam.
Pasukan 12: Azreen Nadia Bt Noorhisham, Marilyn Juin, Calvania Lajiun & Connie Anthonius.
Pasukan 13: Dimthy Basty, Jenavy Joanes, Margaret Anthony & Baetly Blasius.
Pasukan 14: Quera Micheal Litak, Thomas Sapit, Vincent Andam, Yeevonne Jamal & Rozaline Jubin

Jumlah pelajar: 64 orang
Pra-U2 Sains: 4 orang
Pra-U2 Perkomputeran: 17 orang
Pra-U2 Pengurusan Perniagaan 2 : 21 orang
Pra-U2 Sains Sukan: 22 orang

Setiap pelajar mesti meningkatkan kemahiran mengakses maklumat dari sumber elektronik dan bukan elektronik. Anda juga perlu kerap berkonsultasi dan berkolaborasi dengan guru-guru berkenaan.

Pre-university blog