Persediaan Peperiksaan: 10 Tip
Sudah bersediakah anda menghadapi
peperiksaan akhir? 10 tip ini boleh membantu anda.
1. Berilah diri anda masa yang
mencukupi untuk belajar
Jangan tunggu sehingga masa-masa akhir
baru hendak belajar. Belajar di penghujung semester bukan langkah bijak.
Ketahui jadual peperiksaan peringkat sekolah dan nasional kemudian atur jadual
belajar mengikut keselesaan sendiri. Anda yang tinggal di asrama perlu
menyesuaikan masa belajar yang telah ditentukan.
2. Susunaturkan ruang belajar
anda
Pastikan anda punyai ruang secukupnya
untuk buku rujukan, alat tulis dan ruang menulis. Amalkan juga ini semasa
menghadapi peperiksaan sebenar.
3. Buat lakaran gambarajah
Tutup
buku rujukan atau nota, kemudian lakarkan semula segala yang anda ingat. Anda
tahu peta minda, kan?
(sumber: google)
4. Membuat soalan peperiksaan
lepas
Ini antara strategi yang paling berkesan.
Praktis menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar. Bukan sahaja dapat
membiasakan diri dengan bentuk soalan tetapi melatih penggunaan masa. Dengan
masa yang masih ada ini, gandakan tip 4 ini!
5. Terangkan jawapan kepada
orang di sekeliling
Benar! Ini strategi yang luar biasa!
Terangkan jawapan terhadap sesuatu soalan kepada sesiapa sahaja – adik, kakak,
abang, ibu bapa, rakan. Cara ini menguatkan ingatan.
(image:kolokium 2011, Kombura Discovery)
6. Belajar berkumpulan bersama
rakan seperjuangan
Berbincang bentuk soalan dan jawapan yang
sepatutnya. Saling membimbing. Berlatih menerangkan jawapan kepada rakan-rakan.
7. Ambil masa rehat
Rehat sangat penting. Bergantung kepada
keselesaan anda, rehat boleh selepas 1 jam. Tentukan tempoh rehat dan bagaimana
rehat yang anda mahu. Mungkin menutup mata dan bertenang, melihat tv atau main game atau FB! Ingat, tepati masa yang
anda tentukan. Jangan rehat terlalu lama. Rehat juga berfungsi sebagai ganjaran
kerana berjaya fokus belajar.
5-7 minit rehat adalah memadai
8. Elakkan makanan ringan
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk
memberi tenaga kepada otak. Ikan, kekacang, yogurt dan blueberry antara makanan
yang baik. Anda tentu kenal Kismis, kan? Kismis meningkatkan fokus dan daya
ingatan.
(image: google)
9. Bersedia untuk peperiksaan
Pastikan anda telah kenal pasti segalanya
yang berkaitan peperiksaan. Format soalan, bilangan soalan perlu dijawab dan
keperluan alat tulis mesti dikenalpasti dan diingati. Rancang juga perjalanan
anda ke dewan peperiksaan!
Format/Arahan: Bahagian A-jawab semua 15 soalan. Bahagian B-jawab 1 dari 2 soalan. Bahagian C -jawab 2 dari 3 soalan esei!
10. Amalkan meminum air
Ketahuilah otak sangat memerlukan air. Pastikan
anda sentiasa meminum air semasa ulangkaji mahupun semasa peperiksaan. Bawa air
semasa peperiksaan sebenar.
Manakah
tip 1 hingga 10 yang relevan dengan jangka waktu yang ada sebelum peperiksaan
sebenar bermula? Anda tahu jawapannya! Agaknya tip 4
yang paling signifikan dengan masa yang tinggal...!
Selamat
Berjaya!
Kombura Discovery
16.10.2013
No comments:
Post a Comment
Terima kasih.