Tuesday, May 18, 2010

Selamat datang pelajar Pra-universiti SMK Tambunan 2010

Lepasan SPM 2009 yang berjaya ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat pra-universiti (Tingkatan 6) telah mula mendaftar di sekolah pada 10 Mei 2010 bersamaan hari Isnin. Daripada 147 calon yang ditawarkan hanya seramai 83 orang yang mendaftar pada hari berkenaan. Calon yang telah ditawarkan tetapi tidak mendaftar pada hari berkenaan diberi peluang untuk mendaftar pada sepanjang minggu tersebut (10-14 Mei 2010). Pendaftaran selepas tempoh tersebut tidak digalakkan. Walau bagaimanapun calon yang sedang mengikuti PLKN diberi kelonggaran untuk mendaftar sebaik sahaja latihan tersebut tamat.Calon yang lewat mendaftar tanpa alasan yang munasabah berkemungkinan untuk tidak didaftarkan, lagipun masih ramai calon lain yang sedang menunggu untuk mengisi kekosongan tempat dalam pengajian pra-universiti ini. Calon yang sedang menunggu peluang kerja atau melanjutkan pelajaran di tempat lain dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendaftar di sekolah ia ditawarkan.

Lepasan SPM 2009 yang tidak berjaya ditawarkan boleh membuat rayuan untuk memasuki pengajian pra-universiti.

Sunday, May 2, 2010

Kemasukan ke kampus pra-universiti SMK Tambunan Sabah

Semakan tawaran boleh disemak di laman sesawang http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/page2.cfm.

Harap Maaf, Nama anda tiada dalam senarai calon yang layak ke
Tingkatan Enam Bawah 2010
Anda boleh membuat rayuan dengan mengikuti prosedur seperti berikut:
RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI
TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 BERDASARKAN
KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2010 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK pada 24 Mei 2010.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2010 ini.


Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Monday, April 26, 2010

Adakah anda jelas dengan hala tuju hidup anda

Pertamanya, adakah anda jelas dengan hala tuju hidup anda? Adakah anda jelas tentang apa akan anda jadi dua tahun dari sekarang? Tiga tahun dari sekarang? 6 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang?....Setiap anda pasti ada sesuatu yang ingin dicapai, tapi adakah anda benar-benar jelas dengan cita-cita anda itu? Bagaimana mengetahui bahawa target anda itu jelas, terperinci dan boleh dicapai? Adakah target anda bolehukur (measurable)?

Apa cita-cita anda?
3 tahun dari sekarang?
7 tahun dari sekarang?
10 tahun dari sekarang?
Bagaimana mencapai target anda?
Apa yang perlu anda ada sebelum dapat mencapai target? - wang?pendidikan?sijil stpm?sijil spm?
Bagaimana dengan disiplin diri. Adakah anda berada pada tahap disiplin yang dikehendaki? Adakah sikap dan tingkahlaku kita sekarang dapat membantu mencapai target?
Siapa yang akan terlibat dalam proses pencapaian cita-cita anda? Ibu bapa? adik-beradik? Rakan-rakan? Boyfren?Girlfren?Bestfren?Cikgu?

Banyak perkara yang perlu diambilkira (dan mungkin perlu ditetapkan) agar kita dapat menetapkan matlamat hidup/hala tuju hidup dengan jelas.

Apa pendapat anda sebagai pelajar pra-universiti, golongan remaja yang berada di peringkat usia yang paling penting dalam hidup tentang hala tuju hidup yang jelas? Berikan komentar anda dan sesuatu yang menarik akan cikgu berikan. O ya, saya tidak menggalakkan sikap 'mesti ada hadiah baru saya buat sesuatu', tetapi hadiah/gift/token tersebut hanyalah sebagai penghargaan dan galakan atas usaha anda. Tahniah kepada ms Valerie kerana terpilih sebagai penerima hadiah misteri yang pertama dari cikgu!

Sunday, April 18, 2010

Monday morning with pre-u students

















(image source: http://slcconnect.sl.on.ca/images/BePositive.gif)
Kopisanangan.
Vanakam.
Good morning.
Selamat pagi.

Apa khabar semua pelajar pra-u? Semestinya pagi Isnin membawa konotasi berbeza bagi setiap anda. Ada yang 'lemah' dengan kehadiran pagi Isnin, dan tidak kurang juga yang bersemangat waja dan tidak sabar-sabar menanti ketibaan setiap Isnin!

Jangan bincang tentang yang 'lemah'... Kita fokus kepada perkara yang positif. Hari Isnin bagi anda sebagai pelajar pra-universiti adalah hari baru. Setiap hari Isnin adalah hari baru dan minggu baru...dan semangat baru! Biasakan diri dengan tanggapan positif terhadap hari Isnin. Mulakan minggu persekolahan anda dengan semangat positif. Kata orang, sesuatu yang bermula positif akan membuahkan hasil yang positif. Lebih lancar perjalanannya berbanding dengan perjalanan orang yang bermula dengan sesuatu yang negatif. Short cut lah katakan. Jadi, kuatkan semangat! Jangan jadikan perkara negatif mencuri fokus anda...fokuslah ke depan, fokus berfikiran positif! Sentiasa mencari 'positive side of the story'....Contohnya, bas anda lambat datang menjemput anda pulang. Tidak perlu susahkan diri dan fikiran mengutuk 'charter' bas anda itu. Abaikan ja dan berfikiran positif dengan cara menggunakan masa 'bas terlewat' itu dengan membaca, menulis sajak, berbincang perkara-perkara baik....Pernahkah anda berbuat begitu? Tahniah! Jika tidak pernah pun, belum terlambat untuk mengubahnya...biasakanlah ya. Sebagai penutup, biasakanlah diri anda berfikiran positif. Look at the bright side of the story....percayalah, kita tidak rugi jika berbuat demikian! Selamat berjaya!

Kepada semua pelajar pra-universiti SMK Tambunan, anda digalakkan untuk mencuba menghuraikan grafik di bawah. Hadiah misteri menanti akan diberikan kepada huraian terbaik. Believe me! Penyertaan hanya melalui internet dengan cara menaip dalam kotak 'comment' di bawah. Best of luck!


(Source:ronmartin.net)

Thursday, April 8, 2010

Kampus Pra_Universiti SMK Tambunan

Selasa, April 7: Para pelajar pra-universiti SMK Tambunan akhirnya berpindah ke kampus pra-universiti yang terletak di bangunan kilat sekolah. Walaupun keadaan fizikal belum begitu baik tetapi peralihan tersebut perlu dilaksanakan. Pihak sekolah yakin bahawa para pelajar dan para pensyarah dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan suasana baru. Pihak sekolah bersama semua warga sekolah turut bekerjasama dari semasa ke semasa untuk meningkatkan  atau memperbaiki fizikal dan kemudahan untuk kampus pra-universiti tersebut. Pada akhirnya nanti suasana yang kondusif wujud untuk pembelajaran dan pengajaran di kampus pra-universiti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar pra-universiti senior dari pra-u 1 hingga pra-u4 kerana begitu 'spoting' dan amat bekerjasama dalam hal ini. Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa dalam sehari sahaja para pelajar telah berjaya meningkatkan dan membaiki suasana kelas dan persekitaran kelas masing-masing. Tahniah sekali lagi!

Pre-university blog