Selasa, April 7: Para pelajar pra-universiti SMK Tambunan akhirnya berpindah ke kampus pra-universiti yang terletak di bangunan kilat sekolah. Walaupun keadaan fizikal belum begitu baik tetapi peralihan tersebut perlu dilaksanakan. Pihak sekolah yakin bahawa para pelajar dan para pensyarah dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan suasana baru. Pihak sekolah bersama semua warga sekolah turut bekerjasama dari semasa ke semasa untuk meningkatkan atau memperbaiki fizikal dan kemudahan untuk kampus pra-universiti tersebut. Pada akhirnya nanti suasana yang kondusif wujud untuk pembelajaran dan pengajaran di kampus pra-universiti.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar pra-universiti senior dari pra-u 1 hingga pra-u4 kerana begitu 'spoting' dan amat bekerjasama dalam hal ini. Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa dalam sehari sahaja para pelajar telah berjaya meningkatkan dan membaiki suasana kelas dan persekitaran kelas masing-masing. Tahniah sekali lagi!
Surat dari PPD
-
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik
Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Surat
Jemputan Ras...
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih.