Monday, June 24, 2013

Program: Pengucapan Awam (Public Speaking) Kampus SMK Tambunan


Program: Pengucapan Awam (Public Speaking) Kampus SMK Tambunan

Pengenalan
Program ini merupakan satu program penyampaian dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar prauniversiti kampus SMK Tambunan. Program ini sejajar dengan matlamat prauniversiti untuk menjadi satu institusi yang bertaraf tinggi dan mampu melahirkan insan yang berinovatif, berdaya saing dan berkeperibadian tinggi. Pada akhirnya, program ini dapat membantu pihak prauniversiti dalam menjana modal insan berkualiti dan laku di pasaran (bidang kerjaya mahupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi).

Matlamat
Melahirkan modal insan berkualiti iaitu berketrampilan tinggi, menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan  dan mampu bersaing serta mengetengahkan diri dalam apa jua bidang yang diceburi selepas menamatkan pengajian di kampus prauniversiti SMK Tambunan; seterusnya dapat meningkatkan lagi martabat kampus prauniversiti SMK Tambunan.

Objektif
Diharapkan program ini dapat,

Menerapkan dan meningkatkan tahap keyakinan diri.
Menerapkan ciri-ciri kepemimpinan dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan sahsiah diri dan akademik.
Mengasah bakat sedia ada.
Menjadi tempat atau kaedah penyampaian dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar praunversiti.

Mekanisme/Kaedah Pelaksanaan
Program ini akan dijalankan pada setiap kali perhimpunan rasmi prauniversiti. Pada peringkat seterusnya nanti, pelajar akan menjalankan ‘pengucapan awam’ ini di perhimpunan rasmi murid-murid aliran perdana. Pada suatu masa, pelajar mungkin boleh menyampaikan ‘pengucapan awam’ pada setiap hari persekolahan termasuk dalam perhimpunan harian aliran perdana.

1.      Tema (topik umum) mingguan/bulanan disediakan oleh pihak prauniversiti.
2.      Topik khusus ditentukan oleh pelajar.
3.      Kandungan/Isi ucapan dibuat sendiri oleh pelajar.
4.      Masa penyampaian ialah 5 hingga 7 minit sahaja (pelajar bertanggungjawab melakukan rehearsal sendiri agar dapat menepati masa yang diperuntukkan).
5.      Tidak perlu penggunaan LCD. Pelajar boleh membawa kad/nota kecil untuk melihat poin utama.
6.      Kaedah pemilihan pelajar untuk menyampaikan ucapan:
a.      Permintaan oleh pelajar (sukarela), atau
b.      Pelajar yang tidak mencapai sasaran dalam sesuatu kuiz, ujian dan sebagainya (denda akademik), atau
c.      Mengikut kelas.
7.      Sekiranya terdapat lebih seorang pelajar, maka penyampai boleh ditentukan melalui undian/cabutan nama. Cabutan/Undian boleh dijalankan sebelum atau pada hari perhimpunan rasmi dijalankan.
8.      Hadiah/Insentif boleh diberikan sama ada menggunakan dana sekolah mahupun inisiatif pensyarah (menaja insentif – wang tunai, baucar, alat tulis, gadget, dsb.)
9.      Hasil perkongsian pelajar akan dimasukkan ke dalam blog www.sementaprau.blogspot.com.

Sebagai permulaan, program ini akan dikendalikan sebagai satu ‘denda akademik’ di bawah Jabatan Pengajian Am dan dikendalikan oleh En. Jenius Gadiman. Kelas yang terlibat ialah Prauniversiti Senior 1, Senior 3 dan Junior 1.

Pelajar pertama akan melaksanakan pengucapan awamnya pada 25 Jun 2013 (Selasa) semasa perhimpunan rasmi praunversiti. Pelajar dipilih secara cabutan nama dari kalangan pelajar yang belum mencapai sasaran dalam ujian lepas.

Penilaian
Evaluasi akan dilakukan pada penghujung semester ini untuk menilai keberkesanan program ini.

Diharapkan agar program ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah dinyatakan.


Sekian.

Disediakan oleh,


(En. Jenius Gadiman)
Pensyarah
Jabatan Pengajian Am
Kampus Prauniversiti SMK Tambunan, Sabah.                                                           Tarikh: 26.6.2013

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog