Sunday, October 7, 2012

Melancong (Alam Semulajadi) Sambil Belajar

Peserta bergambar di Puncak Gunung Alab berdekatan dengan pemancar Telekom dan berlatarbelakangkan kawasan ulu Tuaran (sedang diselaputi kabus tebal).
Dalam gambar(dari kiri): Jerin, Laura, Edlyn, Joviana Ivy, Vryenda,Vickylina, Jubina, Rayderic, Donald & En. Jenius. 
Depan: Alfred
Belakang: Mathias, Eustace, Fred & Hilary

G.Alab, Tambunan - Seramai 14 pelajar senior jurusan Sains Sukan prauniversiti SMK Tambunan menjalani aktiviti melancong sambil belajar bertempat di Taman Sabah Gunung Alab. Fokus utama aktiviti tersebut adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Sains Sukan senior (Prauniversiti 4 Senior) meningkatkan kefahaman dan ingatan terhadap semua topik/bab yang dipelajari dalam subjek Sains Sukan prauniversiti. Semua topik telah dibentangkan secara berkumpulan oleh pelajar. Dalam aktiviti tersebut pelajar dapat berkolaborasi dengan lebih dekat dan 'santai' dengan para pensyarah yang terdiri daripada En. Md Alli Gipit, En. Jenius Gadiman dan En. Larry Charles.

En. Md. Alli Gipit yang juga Ketua Jabatan Sains Sukan prauniversiti SMK Tambunan melahirkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan titik peluh dan inisiatif sendiri. Kos perbelanjaan untuk melaksanakan program tersebut diperolehi hasil sumbangan para pensyarah dan para peserta.

Selain aktiviti pembentangan dan perbincangan, peserta turut berpeluang menikmati keindahan dan keunikan alam semulajadi pergunungan Gunung Alab. Selain cuaca yang sejuk sehingga ke meresap ke sum-sum tulang, pelajar dapat melihat dengan lebih dekat kelainan tumbuhan gunung dan hidupan liar termasuklah serangga-serangga unik.

Kordinator Taman Sabah Gunung Alab, En. Pius merakamkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan pelajar lebih-lebih lagi kerana mereka merupakan kumpulan 'pelancong' yang pertama (merasmikan) penginapan yang disediakan di taman tersebut. Program tersebut berlangsung dari 5 - 7 Oktober 2012. Program tersebut turut mendapat bantuan daripada En. Idris Musli (Pemandu Bas Jab. Pendidikan).

Semoga semua peserta akan mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Sains Sukan yang akan dihadapi pada bulan November 2012 (STPM 2012).







Burung korogom
-menyambut ketibaan pelawat/pelancong ke G.Alab
















wahhh, santikkk o pomoluguan  o kan mathias, yang kana lugu pun misti sedap, bilang c cigu Lary. 


cucukkk, jangan tak cucuk! (sayap ayam dan buntut)




tangga menuju puncak kejayaan!

kalaulah jalan hidup semudah meniti jambatan ini..... (misti inda siukk)


Pihak sekolah terutamanya pensyarah dan pelajar yang terlibat ingin merakamkan berbanyak penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Sub-Stesen Taman Sabah-Gunung Alab. Antara staf yang sentiasa membantu ialah En. Pius, En. Limanis dan beberapa staf lagi seperti En. Wilbur dan kawan-kawannya. Kami turut meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan kami sepanjang menginap di sana. Terima kasih.
Kombura Discovery.

salah satu homestay di sekitar g.alab...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.

Pre-university blog