Dalam jadual waktu bil 2/2010, sekolah SMK Tambunan, Sabah telah memulakan pengajaran Kolokium. Ini adalah langkah awal dan pertama untuk melaksanakan sistem pengurusan tingkatan 6. Sejak tahun 2009 tingkatan 6 dinaiktarafkan menjadi pra-universiti secara rasmi. Dengan itu, pelbagai pembaharuan diperkenalkan dan sesetengah sekolah khususnya di negeri Sabah telah melaksanakan sepenuhnya sistem baharu itu.
Pelajar tingkatan 6 (pra-universiti) sekolah kita perlu membuat anjakan paradigma pada diri masing-masing agar layak digelar sebagai pra-siswa siswi. Anjakan pemikiran akademik, disiplin dan sahsiah diri mesti dilakukan.
Saya diberi kepercayaan untuk melaksanakan kolokium pra-universiti sekolah kita. Semua pelajar pra-universiti akan didedahkan pertama sekali tentang kolokium dan peranan pelajar dalam melaksanakan atau mengamalkan budaya penyelidikan dan pembangunan pada diri sendiri dan sekolah khasnya. Tingkatkan prestasi diri dari segala segi - kerajinan, daya usaha, disiplin diri....
SMK Kuala Penyu dan LCD di dalam Kelas
-
Peralatan *LCD/projektor di dalam kelas sangat penting* kerana membantu
guru menyampaikan pengajaran secara lebih jelas, menarik dan menjimatkan
masa...
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih.