Wednesday, August 28, 2013

jan malu pi berkolaborasi...

Bengkel Intensif Pengajian Am Semester 3




PPU SMK Tambunan, 29 Ogos:
Jabatan Pengajian Am Pusat Prauniversiti SMK Tambunan Sabah telah menjalankan bengkel subjek Pengajian Am. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar senior dari kelas Senior 1, Senior 2, Senior 3 dan Senior 4.


Bengkel ni merupakan intensif khas untuk kemahiran alih bentuk komunikasi daripada bahan bukan linear kepada liner (bahan grafik kepada prosa atau karangan). Beberapa kemahiran dikongsi bersama seperti mengenal pasti kehendak dan arahan soalan, menulis contoh jawapan dan memeriksa kertas jawapan. Sesi berikutnya ialah intensif penulisan esei dan seterusnya intensif menjawab soalan objektif.


Bengkel berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sungguhpun bengkel membantu tetapi pastinya masih terdapat kekeliruan di sana sini. Oleh itu, jan lah segan silu untuk berkolaborasi dengan mana-mana pensyarah!

by
Kombura Discovery

Pre-university blog