Wednesday, March 20, 2013

20032013: Tarikh keramat...

KERJA PROJEK PENGAJIAN AM: Hari ini, 20 Mac 2013 (Rabu) telah ditetapkan sebagai hari penghantaran hasil penulisan Kerja Projek Pengajian Am. Sadly, tidak sampai separuh (at 1400) yang berjaya menghantarnya. Pelbagai karenah, alasan dan sebagainya boleh dilihat dalam kalangan pelajar terlibat (bukan semua). Terkapus-kapus maubuat itu dan ini..hmmm...lucu, geram, kotoh dan sebagainya terlimpas di fikiran cikgu ni...itula, dari hari pertama dan ingatan berterusan diberikan, indak juga otumbayaan..nah ini kalilah anda rasakan dan harap2 anda semua 'otumbayaan' sudah selepas ini..anda masih ada kerja kursus yang akan dilaksanakan dalam penggal ini (sejarah) dan penggal  3 nanti...apa pun, belajarlah dari pengalaman ini kali..PENGALAMAN MENDEWASAKAN! so, anda patut lebih matang selepas ini, kio.


Kombura News: ---penulisan cikgu kali ini untuk post ini tidak betul dari segi grammarnya..tapi anda faham jugakan..:)

Tahniah dan terima kasih kepada pelajar yang berjaya menghantar hasil penulisan kerja projek pengajian am pada masa yang ditetapkan. Teruskan usaha gigih anda......

Tuesday, March 19, 2013

STPM records higher perfect score

By PRIYA KULASAGARAN 

educate@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: The percentage of students who scored a perfect 4.0 CGPA was higher in last year's Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Of the 51,673 candidates who sat for the examination in 2012, 442 (or 0.86%) candidates scored a cumulative grade point average of 4.0 compared to 300 (or 0.59%) candidates in 2011.
While students are allowed to take up to five subjects for the STPM, their CGPA scores are calculated based on scores received for the best four subjects including General Studies.
Malaysian Examinations Council chairman Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin said the number of students who scored 5As increased to 18 candidates from 12 in 2011.
“The total number of candidates who passed all their papers in five or four subjects improved too from 23,246 candidates (45.9%) in 2011 to 24,488 candidates (47.4%) in 2012.
“There was also an improvement in the number of government school candidates who passed all their papers for five or four subjects, that is 23,683 (49.6%) in 2012 compared to 22,430 (47.8%) in 2011,” he said when announcing the results here yesterday.
“There is still a significant gap in between the performance of urban and rural candidates.
“The total number of urban candidates who scored 5As, 4As and 3As is 1,105 compared to only 170 rural candidates,” added Prof Mohd Noh, who is also the vice-chancellor of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
This is the last STPM under the old format.
From last year, Lower Six students undergo school-based assessments and are tested at the end of each semester, instead of having to sit for a final exam.
Prof Mohd Noh hoped continuous assessment will encourage more students to opt for STPM.
“STPM students under the new modular format had their first semester examinations in November last year.”
The inaugural batch of students under the new-look STPM will receive their first semester results this Thursday.

Thursday, March 14, 2013

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012


PEMBERITAHUAN

< Previous Top Next >

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012

14 March 2013

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.  Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala  calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.  Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.
Persidangan Akhbar bagi mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 18 Mac 2013, jam 12:00 tengah hari, di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri. 
Sementara keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013.  Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di portal MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS).

HAJI KHAWARI BIN HAJI IDRIS
Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Peperiksaan Malaysia
13 Mac 2013


Tuesday, March 12, 2013

STPM diumum pada 18 Mac


STPM diumum pada 18 Mac

Cetak
Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan, Isnin depan. 

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. 


Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengahari, hari yang sama. 

ref: http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/STPMdiumumpada18Mac/Article/

Kombura News:- bah, ini kalilah..all d best untuk students sementa!

BB1M voucher

Tambunan, 12 Mac:- Pelajar prauniversiti kampus SMK Tambunan kini tersenyum gembira kerana mereka baharu sahaja menerima voucer Bantuan Buku 1Malaysia. Penyampaian voucer berkenaan disempurnakan oleh Yang BErusaha Tuan Pengetua, Mr. Tien Sien Kuan. Turut bersama majlis ringkas tersebut ialah Penolong Kanan HEM SMK Tambunan En. Jaidi Karim, Penyelaras Prauniversiti Pn. Esther Linus, Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Prauniversiti En. Larry Charles, Penolong Kanan Prauniversisi SMK Desa Wawasan En. Julius Gouli serta para pensyarah dan pelajar prauniversiti kampus SMK Tambunan.

Dalam ucapan beliau, Tn.Pengetua mengingatkan para pelajar agar terus mengekalkan kecemerlangan dan menggunakan voucer buku itu sebaiknya. Beliau turut menggesa para pelajar agar bekerjasama dan bersama-sama dengan para pensyarah serta pihak sekolah dalam meningkatkan lagi martabat prauniversiti SMK Tambunan. Beliau percaya pusat prauniversiti SMK Tambunan boleh menjadi role-model yang baik bukan sahaja di peringkat daerah malah di peringkat negeri dan kebangsaan. Hasrat tersebut boleh dicapai dengan adanya kerjasama antara semua pihak dan warga kampus.

Dalam taklimatnya sebelum itu, penyelaras prauniversiti Pn. Esther Linus turut menggesa para pelajar agar tidak menyalahgunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu.


 tidak sabar mau terima voucer ka....


 simbolik...Tn.Pengetua menyampaikan voucer kepada salah seorang guru kelas 
untuk disampaikan kepada pelajar

ahaaa...ni dia c kurina gembira sangat dapat vocuer rm250! kasi abis ahh

Kombura News.

Pre-university blog